10 Pakej Lawatan Ke Sarawak Yang Anda Pasti Suka Di MATTA Fair 2018
MATTA Fair kini kembali! Sarawak Tourism akan berada di sana menawarkan pelbagai pakej lawatan di sekitar Sarawak seperti mendaki, melihat ikan lumba-lumba, menaiki boat cruise dan yang paling best, shopping.
Ingin terokai tempat yang baru dan menarik? Jadikan bumi kenyalang destinasi percutian anda kali ini. Kunjungilah Sarawak Tourism Booth #5034 – 5041, Hall No.5 di PWTC Kuala Lumpur dari 16 hingga 18 Mac ini untuk melihat tawaran pakej-pakej lawatan yang menarik.
Berikut ialah 10 pakej lawatan ke Sarawak yang anda pasti suka di MATTA Fair, sesuai bagi yang inginkan sama ada kelainan atau percutian yang santai.
1. KUCHING CULTURE TOUR 3D/2N
Amogha Tours
Sesuai untuk: Seisi keluarga yang ingin mengunjungi tarikan-tarikan popular sekitar Kuching.

Melalui pakej 3 hari 2 malam ini, anda akan:
- Kenali budaya kaum-kaum utama di Sarawak di Kampung Budaya Sarawak
- Melihat orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
- Membeli-belah di kedai kek lapis dan kilang pasu
- Lawatan sekitar bandaraya Kuching termasuk China Town, Tua Pek Kong Temple, Kuching Waterfront dan Fort Margherita
*Pakej 4H/3M termasuk lawatan ke Jong’s Crocodile Farm dan rumah panjang Bidayuh Annah Rais.

2. MANGROVE & IRRAWADDY DOLPHIN TOUR 3D/2N (April – September sahaja)
Amogha Tours
Sesuai untuk: Mereka yang inginkan sesuatu yang ‘adventurous’ dan gemar aktiviti luar

Melalui pakej 3 hari 2 malam ini, anda akan:
- Menaiki boat cruise di Santubong dan melihat ikan lumba-lumba Irrawad
- Melawat Kuching Wetlands National Park – landskap hutan bakau dan melihat monyet Belanda
- Kenali budaya etnik utama di Sarawak di Kampung Budaya Sarawak
- Melawat tempat-tempat tarikan utama sekitar Kuching
* Aktiviti tambahan: Snorkeling di Pulau Satang
* Pakej 4H/3M termasuk lawatan ke Kampung Budaya Sarawak

3.ECOTOURISM AT SELA’AN-LINAU – Romancing the Wilderness of Ulu Baram 5D/4N
Ecogreen Holidays
Sesuai untuk: Mereka yang berminat dalam aktiviti mendaki, memperolehi ilmu baru dan mengunjungi tempat bersejarah

Melalui pakej 5 hari 4 malam ini, anda akan:
- Mengembara dengan kenderaan pacuan 4 roda dan melawat kampung yang dihuni kaum Penan
- Belajar dari kaum Penan pelbagai perkara menarik terutamanya tumbuhan perubatan
- Bermalam di homestay dan mengenali masyarakat tempatan
- Melawat kubu pada zaman Rajah Brooke
- Mandi di air terjun Sela’an
- Menikmati makanan tradisional seperti ayam pansuh
4. IN SEARCH OF THE WILD MAN OF BORNEO Longhouse and Jungle Camping 5D4N
Ecogreen Holidays
Sesuai untuk: Mereka yang gemar dan sudah biasa dengan aktiviti lasak

Dalam pakej 5 hari 4 malam ini, anda akan:
- Merentasi tasik buatan Batang Ai ke rumah panjang kaum Iban
- Belajar mengenai budaya hidup orang Iban
- Bermalam di kem dalam hutan mencari orang utan liar
- Trek ke Bukit Seligi, iaitu tapak peperangan lama kaum Iban
5. Nature Thrills and Spills 2D/1N
Greatown Travel
Sesuai untuk: Mereka yang inginkan aktiviti yang membawa kelainan tetapi tidak terlalu lasak
Ini ialah pakej 2 hari 1 malam di mana anda akan:
- Road trip dari Sibu ke Ulu Sarikei melalui Bintangor
- Melawat kebun lada iaitu tempat pengeluaran Sarawak Pepper yang terkenal
- Bermalam di rumah panjang kaum Iban
- Belajar menoreh getah dan memproseskannya
- Mandi dan barbeku di air terjun
6. Mukah-Melanau Cultural Heartland 3D/2N
Greatown Travel
Sesuai untuk: Mereka yang ingin mencuba sesuatu yang unik dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang budaya orang Melanau

Dalam pakej 3 hari 2 malam ini, anda akan:
- Menyusuri Sungai Igan dalam bot laju dari Sibu ke Dalat dan melalui satu-satunya canal buatan manusia di Sg Kut, Sarawak
- Rasai pengalaman memproses sagu: Menyusuri Sungai Telian untuk melihat proses batang pokok sagu dan melihat secara dekat cara ulat sagu diambil
- Tinggal di rumah kampung kaum Melanau yang dibina atas air
- Mempelajari hasil kerja kraftangan kaum Melanau
- Membeli barang makanan tempatan di pasar Mukah
7. MULU SHOW CAVES – World Heritage Site 3D/2N
Jauntasia
Sesuai untuk: Mereka yang gemar aktiviti ‘caving’ atau ingin meneroka Gua Mulu
Antara aktiviti 3 hari 2 malam seperti berikut:
- Kunjungi 4 gua iaitu: Deer Cave, Lang Cave, Wind Cave dan Clearwater Cave
- Melawat kawasan penetapan kaum Penan dan membeli cenderamata bertemakan Mulu.
8. Long House Journey 4D/3N (Muslim-friendly tour)
Jauntasia
Sesuai untuk: Mereka yang ingin menikmati aktiviti-aktiviti santai
Untuk pakej 4 hari 3 malam ini, anda akan:
- Tinggal di rumah panjang Annah Rais dan melakukan aktiviti dalam hutan
- Nikmati kolam air panas Annah Rais
- Membeli kek lapis, terubok masin dan macam-macam lagi di Medan Niaga Satok
*5D/4N Longhouse Glance termasuk lawatan ke Jong’s Crocodile Farm, Fairy Cave dan Wind Cave
9. KUCHING FUN BREAK 3D2N
Great Leap Tours
Sesuai untuk: Seisi keluarga yang mempunyai kanak-kanak

Untuk pakej 3 hari 2 malam ini, anda akan:
- Menerokai tempat-tempat bersejarah zaman Rajah Brooke di sekitar Kuching (Astana, Kampung Melayu, Kuching Waterfront, Pejabat Pos, Square Tower
- Lawatan ke Orchid Garden, yang mempunyai lebih 75,000 pokok bunga orkid
- Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak

10. 4D3N Absolute Bako
Inter-continental Travel Centre
Sesuai untuk: Mereka yang suka aktiviti luar dan alam sekitar

Untuk pakej 4 hari 3 malam ini, anda akan:
- Menerokai Bako National Park, Kuching
- Melihat flora dan fauna unik di taman negara seperti monyet belanda

Untuk melihat kesemua pakej lawatan yang ditawarkan di MATTA Fair, sila klik pautan ini : #ToknyaSarawak At MATTA Fair 2018
Terdapat hadiah percuma untuk anda apabila membeli pakej lawatan di MATTA Fair.
Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di Sarawak Tourism Booth:
- Realiti virtual di Kampung Budaya Sarawak dengan Samsung Gear VR (Amogha Travel and Tours @ Sarawak Booth)
- Tarian tradisional etnik Sarawak
- Makanan tradisional Sarawak percuma untuk food tasting
Tunjukkan gambar berikut dengan telefon bimbit anda kepada mana-mana staf Sarawak Tourism di MATTA Fair untuk berpeluang menerima hadiah cenderamata dari mereka.
Inginkan Sarawak sebagai destinasi percutian anda kali ini? Sila kunjungi Sarawak Tourism Booth 16 – 18 Mac.
Sarawak Tourism Booth
#5034 – 5041, Hall No.5
Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
Nak cari idea tempat untuk dilawat di Sarawak? Klik pautan kami di sini : 10 Tempat Menarik Yang Anda Perlu Kunjungi Di Sarawak Tahun Ini