10 Tempat Menarik Yang Anda Perlu Kunjungi Di Sarawak Tahun Ini
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan budaya, kepelbagaian kaum dan juga flora dan fauna yang menarik, Sarawak merupakan destinasi pelancongan yang anda harus kunjungi. Dengan akses penerbangan terus dari pelbagai destinasi seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan juga Kota Bahru, Sarawak secara amnya mudah diakses dengan jarak perjalanan 3 jam ke bawah dengan menggunakan kapal terbang.
Jika anda sedang merancang untuk bercuti ke Sarawak, ini 10 tempat menarik yang anda perlu kunjungi di Sarawak tahun ini.
Pasar Serikin(Tekan untuk info menarik)
Serikin merupakan syurga membeli belah yang terletak di antara sempadan Malaysia – Indonesia. Pasar Serikin dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad di mana penjual dari Indonesia akan membuka gerai gerai mereka.
Pelbagai jenis produk menarik terutamanya seperti tikar rotan, kain batik dan juga barang perhiasan rumah boleh didapatkan dengan harga yang sangat berpatutan.
Menariknya lagi, jika anda berkunjung ke Serikin anda juga boleh singgah ke beberapa tempat lain yang terletak berhampiran dengan Serikin. Tempat tempat tempat tersebut adalah seperti berikut :
Gua ini diberi nama sebagai Gua Fairy kerana struktur stalagmite di pintu masuk yang dikatakan menyerupai Dewa Cina. Gua ini juga terkenal bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak iaitu rock climbing.

Jika anda gemar untuk mengambil gambar, Gua Fairy merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut.

Gua Angin pula mendapat nama tersebut kerana konsistensi angin sejuk yang mengalir di dalam gua tersebut. Jika anda ke Gua Angin, anda berpeluang untuk melihat sarang burung walit, burung kelawar yang menghuni gua ini. Terdapat juga sungai yang mengalir di sepanjang gua ini.

Dahulunya, tasik biru merupakan lombong emas yang terkenal di Sarawak. Kini Tasik Biru menjadi destinasi pelancongan. Kini, tasik biru dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan sebagainya. Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah sambil menikmati udara segar sambik melihat sendiri tasik buatan manusia yang kebirubiruan sambil merenungi sejenak sejarah yang tersirat di dalamnya

Mengikut catatan sejarah, Bung Jagoi merupakan kampung bidayuh pertama di sekitar kawasan Jagoi. Terletak berdekatan dengan Serikin, dahulunya terdapat kampung di puncak Bung Jagoi ini. Namun kini, kesemua penduduk telah beralih dan tinggal di kampung kampung di kaki bukit kawasan tersebut.
Bagi penggemar hiking, semestinya kunjungan ke sini tidak akan mengecewakan kerana setibanya anda di puncak, anda akan melihat permandangan yang sangat menarik.
Bung Jagoi kini mempunyai heritage centre mereka sendiri
Taman Negara Kuching Wetland(Tekan untuk info menarik)
Sarawak juga sangat terkenal dengan kepelbagaian Taman Negara bagi penggemar flora dan fauna. Bunga rafflesia di Taman Negara Gunung Gading merupakan antara tarikan yang sangat popular.
Selain daripada bunga rafflesia, anda juga boleh melawat Taman Negara Kuching Wetland yang terletak berhampiran dengan Bandaraya Kuching.

Untuk pengunjung, Taman Negara Kuching Wetlands menawarkan pengalaman yang sangat menarik kepada persekitaran kayu bakau, dan pengunjung juga berpulang untuk melihat pelbagai jenis haiwan liar disamping menikmati permandangan yang sangat menarik.

Lebih menarik lagi, anda berpeluang untuk melihat secara langsung ikan lumba lumba irrawardy dan juga monyet proboscis sekiranya anda ke sini.

Ulu Baram(Tekan untuk info menarik)
Sebagai sebuah destinasi yang kaya dengan flora dan fauna, semestinya eko-pelancongan(ecotourism) merupakan sesuatu yang anda perlu cuba di Sarawak terutamanya jika anda gemarkan cabaran.
Sela’an-Linau yang terletak di Ulu Baram menawarkan anda pengalaman yang sangat menarik di mana anda akan mengembara dengan menggunakan pacuan 4 roda dan melawat kampung yang dihuni kaum penan. Selain itu, anda boleh meneroka kampung dan belajar pelbagai perkara menarik terutamanya cara perubatan dan juga edible plants mereka.

Bagi anda yang gemarkan pengembaraan mencari air terjun, berkunjung ke Sela’an Linau bermakna anda berpeluang untuk berkunjung ke Air Terjun Sela’an yang berketinggian lebih dari 100 meter! Anda boleh berenang, berehat dan juga menikmati ketenangan sementara host anda menyediakan masakan tengah hari tradisional, pansuh di mana makanan dimasak dengan menggunakan buluh.
Mukah dan Pesta Kaul(Tekan untuk info menarik)
Mukah merupakan sebuah bandar yang terletak dalam linkungan 2 jam 30 minit – 3 jam dari Bandar Sibu. Mukah juga boleh diakses dengan penerbangan terus dari Bandaraya Kuching dan juga Miri dengan menggunakan pesawat Twin Otter.

Mukah merupakan sebuah bandar yang sinonim dengan kaum melanau. Kaum melanau kebanyakannya tinggal di sekitar Dalat sehingga ke Mukah. Antara fakta menarik di kawasan sekitar Dalat, Daro dan Mukah adalah mereka mempunyai satu satunya terusan di Sarawak yang terletak di Sungai Kut.
Berkunjung ke Mukah tidak akan lengkap jika anda tidak merasai pengalaman memproses sagu, tinggal di rumah kampung kaum Melanau, menyusuri Sungai Tellian untuk melihat batang pokok sago dan juga melihat secara dekat bagaimana ulat sago di ambil.

Jangan lupa juga untuk mencuba umai jika anda berkunjung ke Mukah!
Jika anda ingin merasai pengalaman perayaan kaum melanau pula, anda boleh hadir ketika Pesta Kaul. Pesta kaul merupakan pesta terbesar kaum melanau dimana ribuan pengunjung akan berkampung di Mukah untuk meraikan perayaan tersebut.
Anda boleh rujuk pada 2 artikel di bawah mengenai Pesta Kaul :
Taman Negara Mulu, A UNESCO World Heritage(Tekan untuk info menarik)
Taman Negara Mulu memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.
Terdapat 4 gua yang paling terkenal dan kerap dikunjungi ramai dan dikenali sebagai Deer Cave, Lang Cave, Wind Cave dan Clearwater Cave.

Berkunjung ke Mulu juga bermakna anda boleh melawat kawsan settlement Penan dan pastikan ada tidak lupa untuk dapatkan cenderamata bertemakan mulu.
Taman Budaya Sarawak(Tekan untuk info menarik)
Taman Budaya Sarawak sememangnya satu destinasi yang sangat terkenal buat pelancong yang berkunjung ke Bandaraya Kuching. Kawasan yang mempunyai keluasan 17 ekar dan terletak 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching ini mempamerkan hampir keseluruhan keunikan Sarawak di dalam satu taman.
Antara tarikan yang anda tidak boleh lepaskan di Taman Budaya Sarawak untuk tahun ini adalah Sarawak Harvest & Folklore Festival yang akan diadakan pada penghujung bulan April ini.
Terdapat 8 acara utama sempena Sarawak Harvest and Folklore Festival tahun ini, yang menjadikan ianya sebagai salah satu festival di Sarawak yang anda tidak boleh lepaskan.
- Ethnic Beauty Pageant Miss Cultural Harvest Festival (27th April 2018)
- Musical Drama Rentap-The Untold Story Legendary Iban Warrior
- Gawai Concert (War of The Rhythm)
- Ngabang (28 April 2018)
- Sape World Concert (29th April 2018)
- Sarawak Ethnic Kitchen Culinary Challenge
- Tribal Ironman Challenge
- Craft World Bazaar (27th – 29th April 2018)
Jika anda merancang untuk ke Sarawak Cultural Village, anda boleh menginap di Damai Beach Resort yang terletak berdekatan. Damai Beach Resort mempunyai pebagai jenis penginapan dan juga mempunyai kemudahan seperti Kolam Renang. Pantai yang terletak di resort ini juga bersih dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin mandi manda di laut.

Harga untuk penginapan di Damai Beach Resort adalah RM220 dan ke atas semalam dengan pengunjung akan diberikan tiket percuma untuk ke Sarawak Cultural Village, Wifi dan juga buffet sarapan pagi
Bagi anda yang ingin tinggal di Bandaraya Kuching pula anda boleh pertimbangkan untuk tinggal di Reverside Majestic Hotel atau Grand Margherita yang tertetak di Bandaraya Kuching. Kedua dua buah hotel ini terletak di kawasan yang paling strategik di Bandaraya Kuching, iaitu berdekatan dengan Waterfront Kuching
Sekiranya anda menginap di hotel hotel ini, anda boleh menempah terus pakej pelancongan seperti berikut :
- Kuching City Tour
- Sarawak River Cruise
- Pusat Hidupan Liar Semenggoh
- Taman Negara Bako
- Taman Negara Gunung Gading
- Gua Angin dan Gua Fairy
- Rumah Panjang Annah Rais
Bagi anda yang ingin merasai pengalaman Sarawak secara dekat, anda boleh hadir ke Matta Fair yang akan bermula pada 16 sehingga 18 Mac 2018 ini di PWTC.Terdapat banyak aktiviti menarik disediakan seperti persembahan di atas pentas dan semestinya pameran makanan tradisional Sarawak. Food tasting adalah percuma!
Pengalaman secara Virtual Reality juga akan disediakan khas buat pengunjung bagi merasai keunikan Sarawak Cultural Village.
p/s : Jika anda menunjukkan poster di atas kepada staff Sarawak Tourism ketika Matta Fair di PWTC kali ini, anda berpeluang untuk mendapatkan cenderamata dari mereka.