fbpx
More

    11 Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Kuching City Street Parade 2017

    11 Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Kuching City Street Parade 2017

    Saksikan kemeriahan 46 kontigen berarak menyertai Kuching City Street Parade pada Sabtu ini, 12 Ogos 2017 pada jam 8.00 malam!

    Perarakan Jalanan ini akan bermula dari Travillion Comercial Centre, Jalan Petanak, menyelusuri Jalan Padungan seterusnya Jalan Tunku Abdul Rahman Yaakub (melewati Hilton, Waterfront) dan berakhir di Padang Merdeka.

    Sehubungan itu, bagi memastikan perjalanan perarakan in berjalan lancar, PDRM dengan kerjasama DBKU dan MBKS akan melalukan penutupan dan lecongan jalan sekitar laluan perarakan nanti. Penutupan dan lencongan jalan akan dilakukan pada 12 Julai 2017 bermula jam 4.00 petang hingga jam 11.30 malam, Walaubagaimanapun, keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh Pegawai Polis Trafik bertugas agar tidak menganggu pengguna jalan raya lain yang ingin melalukan aktiviti harian. Lokasi jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

    1. Jalan Market menuju ke Jalan Power
    2. Jalan Khoo Hun Yeang menuju ke Jalan Power
    3. Jalan Main Bazaar/Jalan Lebuh Wayang menuju ke OUB Bank
    4. Jalan Lebuh Java/Jalan Gambier
    5. Lampu Isyarat Jalan Abell menuju ke Bulatan Sri Aman
    6. Bulatan Sri Aman menuju ke Jalan Padungan
    7. Lampu Isyarat Jalan Song Thian Cheok menuju ke Jalan Padungan
    8. Lampu Isyarat St. Mary menuju ke Lebuh Wayang
    9. Susur Jalan Mcdougall menuju ke Lebuh Wayang
    10. Lampu Isyarat Jalan Lebuh Wayang menuju ke Lampu Isyarat St. Mary
    11. Lampu Isyarat Jalan Abell/Jalan Padungan

    Untuk itu, orang awam yang ingin menyaksikan perarakan ini adalah dinasihatkan untuk meletak kenderaan masing-masing di lokasi berikut:

    11 Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Kuching City Street Parade 2017

    1. Reservior Park
    2. Green Hill
    3. Bangunan Saujana
    4. Medan Kereta Top Spot
    5. Dewan Suarah
    6. Tempat Letak Kereta Politeknik, Jalan Masjid
    7. Medan Letak Kereta Padang Jublee MBKS

    Sesi raptai yang akan diadakan pada 9 Ogos hingga 11 Ogos 2017 juga akan melibatkan penutupan dan lencongan di Jalan Tunku Abdul Rahman Yaakup dan Jalan Main Bazaar bermula jam 6.00 petang bagi memastikan kelancaran raptai.

    Kami mohon kerjasama orang awam untuk mematuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas yang diarahkan oleh Pegawai Polis yang bertugas dan dilarang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan berdekatan lokasi majis bagi mengelak kesesakkan lalulintas. Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada mana-mana orang awam yang engkar arahan Pegawai Polis bertugas.

    Orang awam dinasihatkan untuk merancang masa perjalanan masing-masing pada hari tersebut.

    11 Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Kuching City Street Parade 2017

     

    Artikel Berkaitan