fbpx
More

    14 Kes Direkodkan Di Sarawak, 3 Dari Kluster Wisma Saberkas

    Menjadikan jumlah keseluruhan 906 kes

    14 Kes Direkodkan Di Sarawak, 3 Dari Kluster Wisma Saberkas. Sarawak mencatatkan 14 kes Covid-19 baru di Daerah Kuching. Sebuah kluster juga dikesan iaitu Kluster Wisma Saberkas.

    Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di negeri ini menjadi 906 kes.

    14 Kes Direkodkan Di Sarawak, 3 Dari Kluster Wisma Saberkas
    14 Kes Direkodkan Di Sarawak, 3 Dari Kluster Wisma Saberkas

    3 dikesan dari Kluster Wisma Saberkas

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata 3 kes dikesan dari kluster baru iaitu Kluster Wisma Saberkas yang melibatkan pekerja yang bekerja di sebuah syarikat di premis tersebut.

    Ketiga kes itu dikesan susulan pengesanan kontak Kes 884 yang diuji positif pada 1 November.

    Kes pertama kluster ini adalah seorang lelaki tempatan yang bekerja untuk Kes 884. Kes menunjukkan gejala batuk dan sakit badan.

    Manakala 2 kes lain dari kluster ini adalah lelaki tempatan yang merupakan pekerja sebuah syarikat di Wisma Saberkas. Kedua-dua kes mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Kes 884 antara 27 dan 29 Oktober. Salah seorang daripada mereka menunjukkan gejala demam.

    Menurut Datuk Amar Douglas Uggah Embas lagi, ketiga-tiga kes baru dari Wisma Saberkas berusia antara 26 dan 37 tahun dan menjalani saringan di sebuah hospital swasta pada 1 November. Hasil ujian mereka keluar positif pada hari yang sama.

    Susulan itu, Jabatan Kesihatan telah melakukan operasi mencari kes di Wisma Saberkas awal hari ini.

    Kluster Wisma Saberkas berasal dari kes 866 yang dikesan positif pada 26 Oktober lalu, sebelum mennyebar 4 yang lain sebelum kes hari ini. Salah seorang adalah seorang ahli keluarga kes 866 yang berusia 13 tahun.

    Ini turut mendorong operasi pengesanan kes aktif (ACD) yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan hari ini di Wisma Saberkas. Seramai 112 individu telah disaring dan menjalani ujian swab pada setakat pukul 12 tengah hari tadi.

    Seramai 112 individu telah disaring dan menjalani ujian swab pada setakat pukul 12 tengah hari tadi.

    5 kes dari Kluster Greenhill

    Sementara itu, lima kes baru dikesan dari Greenhill Cluster hari ini yang melibatkan dua wanita dan tiga lelaki. Kesemua kes adalah warga tempatan.

    Salah seorang wanita itu adalah pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta Kuching yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan Kes 868. Manakala wanita seterusnya adalah ahli keluarga Kes 818.

    Kes yang lain adalah seorang lelaki yang merupakan ahli keluarga Kes 875.

    Kes selanjutnya melibatkan lelaki tempatan yang merupakan ahli keluarga Kes 875 dari kluster itu. Kes seterusnya adalah seorang lelaki tempatan yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan Kes 877 dari kluster itu. Kes terakhir adalah pekerja yang bekerja di premis perniagaan Kes 869.

    Kesemua kes berumur antara 29 hingga 64 tahun. Mereka menjalani saringan antara 31 Oktober dan 1 November dan semua didapati positif pada 1 November.

    Jabatan Kesihatan pada saat ini sedang melakukan pengesanan kontak dari kes-kes ini.

    Gambar hiasan.

    4 kes baru hasil dari saringan kendiri

    Empat kes lagi adalah dari individu yang menjalani saringan kendiri. Kes pertama adalah seorang lelaki warga tempatan yang menjalani saringan di sebuah hospital swasta Kuching pada 1 November dan didapati positif pada hari yang sama.

    Kes kedua pula adalah seorang wanita tempatan yang mengajar di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kuching. Kes menjalani saringan di sebuah hospital swasta Kuching pada 1 November dan didapati positif pada hari yang sama.

    Kes ketiga adalah seorang pengawal keselamatan lelaki yang menjalani saringan di hospital kerajaan Kuching pada 31 Oktober.

    Manakala kes keempat adalah seorang pakar refleksologi warga China yang menjalani saringan kendiri di sebuah hospital swasta Kuching sebelum berhasrat untuk kembali ke China. Kes ini didapati positif pada 1 November tetapi tidak menunjukkan gejala.

    Kesemua kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan kes-kes positif lain. Oleh itu, kesemua kes ini akan dikategorikan jangkitan tempatan sehingga sumber jangkitan sebenar mereka telah dikenal pasti.

    Satu kes import

    Seorang lelaki tempatan yang baru sahaja kembali dari Negeri Sembilan via kapal terbang telah didapati positif.

    Kes tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 21 Oktober dan diarahkan untuk menjalani kuarantin di hotel sambil menunggu keputusan ujian swab.

    Keputusan ujian swab pertama didapati negatif Covid-19 tetapi keputusan ujian swab kedua didapati positif pada 1 November setelah menjalani ujian itu pada 31 Oktober. Kes ini tidak menunjukkan simptom.

    Kes ini tiba ke Kuching dari Negeri Sembilan pada 21 Oktober lalu.

    Satu kes dari saringan keperluan

    Kes terakhir untuk Sarawak hari ini adalah seorang kes warga Indonesia yang menjalani saringan di sebuah pusat kesihatan kerajaan sebagai syarat sebelum memulakan pekerjaan di sebuah kedai makanan di Kuching.

    Kes menjalani saringan pada 1 November dan didapati positif pada hari yang sama. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi atau berhubung dengan mana-mana kes positif.

    Kes ini dikategorikan jangkitan tempata sehingga punca sebenar jangkitan dikenal pasti.

    Daerah Kuching masih dikategorikan Zon Merah dengan 100 kes dilaporkan sejak 14 hari yang lalu. Daerah Miri, Lundu dan Limbang masih dikategorikan Zon Kuning manakala 36 daerah kekal Zon Hijau.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan