3 Home Based Western Food Restaurant Yang Perlu Anda Cuba di Kuching.
Semenjak kebelakangan ini, semakin banyak Home Based Restaurant yang dibuka di Kuching. Mungkin kerana sewa kedai yang mahal & tempat letak kereta yang terhad maka peniaga memilih untuk menggunakan kawasan rumah mereka untuk membuka restoran.
Ini memberi manfaat pada pelanggan kerana rata rata Home Based Western Restaurant di Kuching menawarkan harga yang sangat berpatutan, seperti Chicken Chop yang berharga RM6 sahaja.
Cocoa Monster
Cookie Monster terletak di Lorong Simpor 6, Taman Trinora. Highlight untuk makanan di sini adalah Chicken Chop yang berharga RM6 dan juga minuman ice blended mereka.
Selain itu mereka juga mempunyai meatball dan juga grilled chicken chop.
Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Cocoa Monster, anda boleh ke lokasi mereka seperti di peta di bawah :
2. Worksyop
Worksyop terletak di Jalan Haji Bolhassan, berdekatan dengan SK Rakyat, Satok.
Menu yang ditawarkan sangat menarik dan berpatutan bagi kualiti makanan yang disediakan untuk pelanggan. Anda boleh menikmati makanan bermula dengan starters sebelum makan menu utama. Hot wings sebagai starters mungkin merupakan pembuka selera yang power bagi mereka yang gemarkan makanan pedas.
Sirlion Steak, salah satu daripada menu makanan yang disediakan di worksyop.
Lokasi worksyop :
3. Toko Daging, Gita
Toko Daging merupakan sebuah home based restaurant yang agak terkenal semenjak memulakan operasi lebih satu tahun yang lepas.
Kebanyakan menu di sini berharga RM20 ke bawah dan portion nya juga agak besar. Sesuai bagi anda suka berlapar sebelum makan besar.
Terdapat pelbagai menu seperti Lamb Shoulder, Salmon dan sebagainya disediakan untuk anda. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Toko Daging, sila rujuk peta di bawah :