3 Taman Negara Yang Anda Perlu Kunjungi Jika Pergi Ke Sarawak
Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai Taman Negara yang paling banyak di Malaysia. Bagi anda yang ingin berkunjung ke Sarawak, ini 3 Taman Negara yang anda perlu kunjungi, kerana ianya sememangnya menawarkan pengalaman yang anda tidak akan dapat perolehi dari tempat lain.
1. Taman Negara Mulu
Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.
Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.
Anda boleh baca tips dari TheVocket sekiranya ingin ke sini : 14 Tip Mengembara Ke Taman Negara Mulu Di Sarawak
2. Taman Negara Batang Ai
Taman Negara Batang Ai yang diwartakan pada tahun 1991, ialah tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan liar. Ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahanan air bagi sebuah tasik buatan yang membentuk empangan hidroelektrik Batang Ai.
Tasik ini merangkumi kawasan Lembah Engkari dan Lembah Ai di mana permandangannya yang indah melengkapkan suasana tenteram dan aman di sini. Oleh kerana kemudahan di kawasan taman negara ini adalah terhad, cara terbaik untuk menikmati kawasan ini ialah dengan mengambil bahagian dalam lawatan ke rumah panjang.
Anda juga berpeluang bertemu dengan kaum Iban dan mempelajari cara hidup mereka di rumah panjang.
3. Taman Negara Bako
Taman Negara ini yang terkecil di Asia Tenggara. Tapi, disebabkan ia yang tertua di Sarawak, ia ada hampir semua spesis tumbuhan Borneo.
Nak tengok binatang liar? Tak ada masalah, sebab anda boleh berjumpa babi hutan, monyet proboscis (atau dipanggil monyet belanda berhidung besar yang hanya ada di Borneo) sampailah ke 150 spesies burung yang pernah dilihat di sini.
Bukan itu saja. Anda juga akan dapat melihat laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau di dalam satu taman negara. Ha! Amacam?
Ada 16 laluan denai di sini. Pilih trek ikut masa atau daya upaya anda ya?
Yang penting, badan cergas, kasut sesuai, dan sanggup kena gigit nyamuk.
Baca lagi : 5 Taman Negara Di Kuching Yang Anda Boleh Lawati