fbpx
More

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    Mencari Tempat Untuk Berkelah Bersama Insan Yang Tersayang?

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching. Memilih lokasi berkelah boleh menjadi satu masalah di Kuching kerana terlalu banyak pilihan tempat yang boleh dijadikan lokasi berkelah. Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 3 tempat berkelah paling cun di Kuching, yang anda boleh terjah dan cuba sekiranya ingin berkelah.

    1. Sungai Rayu, Matang

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching
    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    Sungai Rayu terletak berhampiran dengan Matang Wildlife Centre ( Matang Wildlife Centre juga merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kubah ).

    Sungai yang mengalir adalah dari Gunung Serapi dan airnya masih jernih dan tidak berkeladak. Untuk masuk ke sini, bayaran yang dikenakan adalah RM1 dan anda boleh juga menyewa pelampung dan juga memasak BBQ ( self supply lah ).

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    Sungai Rayu ini kebiasaanya sibuk ketika awal bulan dan juga hujung minggu, jadi anda perlu merancang lebih awal sekiranya anda ingin ke sini.

    Jika anda ingin ke Sungai Rayu, anda boleh ikut peta di bawah ( Matang Wildlife Centre )

    2. Jangoi River Lodge, Jalan Padawan

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching
    Kredit : Jangoi River Lodge

    Jangoi River Lodge ini adalah antara hidden gem yang terdapat di Kuching. Ianya terletak di Kampung Peraya Stabut, Padawan.

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching
    Kredit : Gabriel John

    Menariknya di sini, terdapat beberapa buah pondok berkonsep tradisional buat pengunjung, yang memberi pengalaman lain dari yang lain.

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching
    Kredit : Jangoi River Lodge

    Terdapat beberapa video mengenau Jangoi River Lodge, anda boleh tonton salah satu daripadanya di bawah :


    Jika anda ingin berkunjung ke sini, anda boleh ikut peta di bawah :

    3. Kubah National Park

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    Kubah National Park juga terletak di kaki Gunung Serapi, sebelum Sungai Rayu, Matang. Selain mempunyai air terjun yang unik, Kubah National Park juga merupakan ‘home of the frog and palm’

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    Kubah National Park mempunyai tempat khas untuk anda berkelah dan juga kemudahan untuk BBQ. Kemudahan yang disediakan juga lengkap mesra untuk mereka yang berkeluarga untuk berkelah di sini.

    Selain dari berkelah, anda juga boleh melakukan aktiviti hiking. Terdapat beberapa hiking trail di sini, antaranya :

    • Rayu Trail
    • Selang Trail
    • Waterfall Trail

    Anda boleh baca lebih lanjut di sini : Hiking in Kubah National Park untuk maklumat lengkap

    Anda boleh juga baca koleksi koleksi artikel menarik berkaitan aktiviti pelancongan di bawah :

    Artikel Berkaitan