3 Tempat Makan Sahur Dan Moreh Di Kuching Yang Membuat Anda Meleleh
Sebelum ini kami menulis tentang tempat-tempat berbuka buffet Ramadhan di Kuching. Kali ini kami senaraikan 3 tempat makan sahur dan moreh di Kuching yang pasti akan membuat anda meleleh!
1. The Galley’s Restaurant Kuching
The Galley’s Restaurant menyediakan sahur delivery ke rumah anda. Hanya dengan caj RM2 mereka akan menghantar makanan ke rumah anda sebelum sahur (bagi kawasan Petra Jaya sahaja). Mereka akan call anda bertubi-tubi sehingga anda jawab telefon. Selagik kitak orang sik bangun selagik yalah nya call.
Tok sigek gik promotion dari The Galley’s Restaurant di bulan puasa. Nikmatilah sahur yang lazat dan murah iaitu set mee goreng atau kuey tiaw goreng dengan minuman Kopi O/Teh O Peng atau Panas hanya pada RM5.
Alamat: Jalan Kulas, Satok, 93050, Kuching
Waktu beroperasi bulan puasa: Dari sungkei hingga sahur 5 pagi (last order 4 pagi)
Tel/WhatsApp: 012-881 9105
2. Warong Nusantara
Kedai makan 24 jam ini menyajikan pelbagai hidangan seperti nasi campur, nasi goreng, laksa, bihun dan bermacam-macam jenis roti canai. Suasana yang meriah ini sesuai untuk moreh dan sahur bersama rakan-rakan atau keluarga.
Alamat: Icom Square, Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu beroperasi: Buka 24 jam

Haaa itu dia menu yang tengah hot di pasaran – Western Dulang di The Impian House – terdiri daripada chicken chop, lamb chop, fish and chips, beef steak, spaghetti, dan macam-macam lagi! Ada 3 saiz iaitu single combo, double combo dan family combo. Orderlah berdasarkan jumlah orang yang makan dan tahap selera anda.
So, apa tunggu gik? Kunjungilah 3 tempat makan sahur dan moreh di Kuching ini. Lastly, pesanan dari kami, makan-makan juak, tetapi yang lebih penting janganlah kita bazirkan rezeki makanan yang dibeli. Semoga ibadah puasa kita diamalkan dengan kesederhanaan.