Anda ingin tahu port makan terbaik dan juga hidden gem di Kuching yang memang digemari penduduk tempatan?
4 Port Makanan Terbaik Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Okay bagi mereka yang menetap di Kuching, 4 Port makan hidden gem ini memang anda harus cuba. 4 port makan ini sememangnya digemari oleh penduduk tempatan.
Jika anda tidak tahu di mana lokasi 4 port makan ini, anda hanya perlu waze sahaja okay. Tunggu apa lagi jom lihat 4 port Terbaik Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching ini:
1. Himawari Ramen Bar
Siapa di sini craving ramen lepas tengok Kdrama oppa makan ramen? Haa jangan risau, Himawari Ramen Bar kan ada. Special authentic ramen yang dibuat oleh uncle yang memang berpengelaman, anda tidak akan menyesal jika anda cuba ramen di sini.
Apa yang menariknya Himawari Ramen Bar?
Apa yang menariknya Himawari Ramen Bar ini? Di sini anda boleh merasa ramen yang memang sedap dengan harga yang berpatutan. Memang ramai yang sudah jatuh cinta dengan Himawari Ramen Bar ini sehingga pelanggan perlu beratur jika ingin makan di sini. Jadi tunggu apa lagi? Jom cuba!
2. Warung Hasmida
Bagi yang tertanya-tanya mengapa warung Hasmida masuk di dalam senarai ini dan apakah keistimewaan warung ini? Tahukah anda Warung Hasmida ini menyajikan pelbagai makanan dan semuanya berharga RM2 sahaja!
Kesemua menu di sini berharga RM2 sahaja
Terkejut? Memang benar kesemua menu di sini daripada mee jawa, nasi ayam, laksa Sarawak dan kesemua menu yang lain harganya hanyalah RM2 sahaja. Unbelievable kan? Tetapi percayalah, di sini anda bukan sahaja boleh mencuba pelbagai makanan yang enak, tetapi harganya juga amatlah murah.
Jadi, sesiapa yang ingin cuba makanan yang sedap tetapi tiada bajet, anda boleh lah cuba makanan di sini okay?
3.Ceylonese Restaurant
Siapa kata Sarawak tiada mamak yang best? Di Ceylonese Restaurant, mereka menyajikan roti nan cheese yang memang padat dengan cheese. Siapa yang pernah cuba memang tahu betapa banyaknya mozarella cheese yang mereka letak di dalam roti nan ini.
Jangan risau menu lain seperti nasi kandar, masakan goreng dan pelbagai jeins roti canai juga ada dan di sini juga merupakan port yang best untuk lepak bersama kawan sambil menikmati makanan yang sedap.
4. Manokbeast
Siapa penggemar manok goreng? Manok adalah ayam di dalam bahasa Sarawak. Manokbeast menyediakan ayam goreng cheese istimewa yang memang sudah menjadi kegemaran penduduk tempatan.
Ayam goreng di sini digoreng fresh di hadapan anda dan kemudiannya diletakkan dua sos istimewa yang akan membuat anda terliur. Ramai yang sudah cuba dan ramai juga yang memang berpuas hati dengan ayam goreng cheese di sini. Jomlah cuba Manokbeast!