4 Restoran/Gerai Makanan Korea Yang Anda Perlu Cuba di Kuching
Makanan korea semakin mendapat populariti mungkin kerana pengaruh sunbae sunbae di dalam kdrama. Ini 4 restoran/gerai makanan korea yang anda perlu cuba di Kuching.
- Bongsu Chicken @ Kopi O Corner, Satok
Bongsu Korean Chicken merupakan sebuah gerai yang terletak di dalam Kopi O Corner, Satok. Mereka memulakan operasi pada penghujung tahun 2016, dan semakin mendapat populariti dari mereka yang berkunjung ke Kopi O Corner, Satok.
Bongsu Chicken menyediakan hidangan berasakan ayam yang dimasak ala-korea.
Masa operasi Bongsu Chicken adalah :
10 Pagi – 11 Malam.
2. Lee Korean Fried Chicken
Lee Korean Fried Chicken terletak di bangunan lot kedai berhadapan dengan Hospital Swasta Timberland. Sama seperti Bongso Chicken, mereka menghidangkan hidangan ayam yang dimasak ala-korea
Selain dari ayam yang merupakan menu utama mereka, mereka juga mempunyai menu sampingan yang lain seperti gambar di atas.
Alamat Lee Korean Fried Chicken : Central Park Commercial Centre, Lot 2821-2819, Jalan Rock, 93200, Kuching, Sarawak, Central Park Commercial Centre, 93200 Kuching, Sarawak
Masa operasi : 10 Pagi – 10 Petang
3. Seoul Garden ViVacity
Seoul Garden merupakan restoran yang terkenal dengan buffet all you can eat mereka. Harga untuk buffet di sini adalah RM30 ke atas ( untuk dewasa ).
Sekiranya anda ingin meraikan sesuatu, atau mungkin terlalu lapar ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda. Selain daripada buffet, terdapat juga menu ala carte untuk pengunjung.
4. The Kimbap, Brighton Square
The Kimbap telah dibuka sejak tahun 2015 dan menyediakan pelbagai menu makanan korea seperti The Original Kimbap
Menu menu yang terdapat di restoran mereka adalah seperti berikut :
Lokasi, masa operasi dan nombor telefon untuk dihubungi :
Selamat Menjamu Selera!