Ini adalah senarai Kafe Hipster Yang Instagrammable/ Aesthetic.
5 Kafe Hipster Estetik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba. Kehabisan gambar untuk post di instagram anda? Sudah tiba masanya untuk anda memenuhkan ruangan feed anda dengan beberapa kafe ‘aesthetic‘ di Kuching.5 Kafe Hipster Estetik Di Kuching Yang Anda Boleh CubaKehabisan gambar untuk post di instagram anda? Sudah tiba masanya untuk anda memenuhkan ruangan feed anda dengan beberapa kafe ‘aesthetic‘ di Kuching.
Kuching merupakan ibu kota Sarawak, sudah semestinya ia menjadi salah satu tempat tumpuan para pelancong dan penduduk sendiri untuk meluangkan masa dengan menikmati interior aesthetic cafe.
Bagi anda yang menyukai aesthetic cafe untuk memenuhkan ruangan instagram feed anda, ini senarai yang kami sediakan:
1. Coffee Obsession
Coffee Obsession ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk quality time, hangout and chill bersama kawan-kawan anda. Suasana yang sangat santai dan sesuai untuk membuat kerja!
Price range juga amat memuaskan dan affordable untuk student ingin membuat kerja mereka pembukaan semester nanti.
Lokasi: 29, 1st floor, Lor Tun Ahmad Zaidi Adruce 18, Hock Kui Commercial Centre, 93150 Kuching, Sarawak
Bagi penggemar western, cafe ini menyediakan pelbagai makanan western dan healthy food seperti seafood paella, smoked duck salad etc:
2. Black Bean Coffee, La Promenade Mall
Black Bean Coffee baru membuka cawangannya di La Promenade Mall. Interior Design yang aesthetic dan antik mampu memukau para penggemar cafe hipster untuk dijadikan tempat santai. Anda boleh baca artikel lama kami di sini: Tahukah Anda Black Bean Coffee Ada Cawangan Di Tabuan Desa?
Cafe ini baru melancarkan menu terbaru mereka 2 hari lepas iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam.
Lokasi: La Promenade, L1-13, Level 1, La Promenade Mall, Kuching – Samarahan Expressway, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
3. Earthlings Coffee
Sebaik sahaja tiba di pintu masuk Eartlings Cafe, anda boleh melihat mesin-mesin digunakan untuk membru kopi. Suasana cafe yang santai merupakan tumpuan untuk dijadikan tempat bagi mereka melakukan kerja dan assignment mereka.
Bagi penggemar kopi, kafe ini menghidangkan freshly brewed kopi dan menghidangkan pelbagai jenis dessert dan pastri insta-worthy.
Lokasi: Sublot 16, Soho East Hq Lot 188, Lorong 5, Jalan Wan Alwi, Taman Supreme, 93300 Kuching, Sarawak
4. Blendsmiths
Blendsmiths juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai. Interior Design yang berkonsepkan minimalistic sangat sesuai bagi penggemar selfie dan OOTD.
Bagi anda yang gemarkan pastri, di sini juga anda boleh memilih pelbagai jenis pastri yang dihidang pada harga yang berbaloi:
Lokasi: Ground Floor, Lot 20, Block A1, Saradise Kuching, Jalan Stutong, 93350 Kuching
5. The Unilounge
The Unilounge juga salah satu port yang viral di Facebook kerana keunikan kafe tersebut. Selain tempat dijadikan instagrammable, cafe ini juga menyediakan pelbagai board dan indoor games seperti darts, basketball dan banyak lagi!
Anda boleh meluangkan masa bersama kawan dan keluarga anda disini.
Lokasi: Lots 4370, 4403 & 1642, G/F, Panovel Commercial Centre, Q5A, 93300 Kuching, Sarawak