5 Makanan Yang Anda Perlu Cuba Ketika Bulan Ramadhan Di Kuching
Bagi anda yang baru merasai pengalaman bulan ramadhan di Kuching, anda semestinya akan menyedari bahawa terdapat pelbagai juadah berbuka puasa yang anda jarang jumpai di bulan bulan yang lain.
Dalam artikel kali ini, kami sertakan 5 makanan yang anda perlu cuba ketika bulan ramadhan di Kuching. Makanan makanan ini kebiasaannya boleh didapati di bazaar ramadhan dan juga di gerai gerai kecil tepi jalan.
Kuih Bongkol
Kuih bongkol merupakan juadah berbuka puasa yang terkenal di Sarawak secara keseluruhannya. Sebenarnya terdapat pelbagai versi nama untuk kuih ini, ada juga yang memanggil kuih ini sebagai ‘ ‘tongkol’ dan juga ‘mongkol’.
Kuih Bongkol diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong yang diadun sebelum dimasukkan ke dalam daun pisang dan dikukus. Rasanya enak, lembut dan manis. Bagi anda yang belum pernah mencuba kuih bongkol ini, pastikan anda jangan lupa untuk membelinya di bazaar ramadhan sekitar Bandaraya Kuching.
Bubur Pedas
Bubur pedas merupakan signature dish yang juga hanya terdapat ketika bulan ramadhan di Kuching dan juga Sarawak secara keseluruhannya.
Bagi anda yang ingin mencuba untuk memasak bubur pedas, anda boleh ikuti tutorial seperti yang tertera di dalam video di bawah :
Bubur pedas juga boleh didapati di Bazaar Ramadhan di sekitar Bandaraya Kuching.
Kuih Selorot
Kuih selorot adalah sejenis kuih yang kebiasaannya digulung di dalam daun apong(nipah). Menariknya, bahan bahan untuk membuat kuih selorot adalah hampir sama dengan kuih bongkol iaitu diperbuat daripada santan, gula apong dan juga tepung beras. Perbezaan nya pula adalah cara penyediaan kuih ini yang dikukus sehingga keras didalam kelungsung yang digulung rapi.
Seperti makanan makanan lain di atas, kuih selorot juga mudah untuk didapati di Bazaar Ramadhan yang terletak di sekitar bandaraya Kuching.
Lemang Betawi
Lemang Betawi berbeza dengan lemang buluh. Sejarah asalnya juga tidak dapat dipastikan dari mana namun diyakini bahawa ianya datang dari Nusantara.Lemang Betawi tidak dimasak menggunakan buluh. Lemang Betawi dikukus. Bahan-bahannya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menambah rupa lemang, ditambah pewarna mengikut kehendak tukang masak.
Lemang Betawi dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang ini dipanaskan dengan haba api bagi mengelakkan daun pisang pecah apabila digulung.
Proses mengukus lemang Betawi mengambil masa 3 hingga 4 jam. Lemang Betawi juga boleh dipanggang selepas dikukus bagi mendapatkan aroma panggang dan rasa ‘hangus’ sedikit.
Suntong Tutok
Suntong tutok pula merupakan juadah yang sangat terkenal kerana ianya selalu dimakan untuk moreh. Suntong tutok kebiasaanya boleh didapati di tepi jalan sekitar astana, gita,gersik, kampung nombor dan mana mana kampung bandar yang mempunyai densiti penduduk melayu yang tinggi.
Suntong tutok adalah sotong kering yang dibakar dan kemudiaannya ditukul atau digiling sehingga nipis. Suntong tutok selalunya dihidangkan bersama sambal pedas berasaskan kicap atau sos dan juga selalunya dicampurkan dengan kacang yang dihancurkan.
5 makan yang kami sertakan di atas adalah antara makanan yang anda perlu cuba sekiranya anda berpuasa di Kuching kerana ianya hanya boleh didapati sepanjang bulan ramadhan.
Anda nak cari port makan best di Kuching? Rujuk pautan berikut : Tempat Makan Best Di Kuching
Untuk beriklan di ilovekch.com, anda boleh rujuk pautan berikut : How to advertise in ilovekch.com