Banyak lagi western food di Kuching yang anda perlu terokai!
5 Restoran Western Terbaik Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching. Jika anda masih lagi mencari restoran yang menyajikan makanan western terbaik di Kuching, anda tidak perlu ke mana-mana lagi. Kami di sini akan membantu anda menyenaraikan tempat makan terbaik di Kuching buat anda.
Restoran Western ini bukan sahaja mempunyai tempat yang selesa dan menarik tetapi ianya juga amatlah sesuai bagi mereka yang suka berselfie dan mengambil gambar ootd.
1. Hungry Amigos
Jika anda mencari makanan western di Kuching yang mempunyai pelbagai aneka menu yang mantap, ini adalah tempatnya. Terkenal di kalangan penduduk tempatan, Hungry Amigos ini menjadi salah satu tempat di mana orang ramai datang untuk menikmati makanan yang sedap dan memuaskan.
Antara menu yang paling recommended di sini adalah Cheesy Meatballs, Chili Cheese Nachos dan Blackpepper Lamb mereka. Cheese sos yang dibuat oleh Hungry Amigos ini memang padu .Terliur dah kan? Tunggu apa lagi jom lah kita try!
2. Wholesome
Dengan harga yang amat berpatutan untuk makanan barat, ini merupakan pilihan yang terbaik buat anda. Di Wholesome ini, mereka sering menawarkan promosi yang hebat seperti 2 Spaghetti pilihan anda dengan harga serendah RM25 sahaja.
Jika anda mencari makanan barat yang mantap dan berpatutan, Wholesome adalah pilihan yang paling sesuai buat anda.
3. Tease by Jase’s Tea Room
Tease by Jase’s Tea Room menyajikan hidangan ala barat yang memang dijamin sedap. Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah smoked duck spaghettinya, pelbagai aneka cake yang enak dan juga pelbagai jenis minuman yang menarik.
Jika anda singgah di Icom Square dan mencari tempat makanan western yang sesuai buat anda, Tease by Jase’s Tea Room adalah pilihan terbaik.
4. Mr. Domus
Mr. Domus ini juga menyajikan hidangan barat yang menarik dan semestinya sedap kan. Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah Avo Fettuccine, Smoked Salmon Sandwich dan Braised Lamb Shank.
Terliur kan baca menu makanan di sini, jadi anda kena cuba makanan di sini. Pelbagai lagi menu yang menarik yang anda boleh dapati di sini.
5. Keepers Ground
Terletak di Spring, Keepers Ground merupakan pilihan makanan barat tetapi apa yang menariknya adalah anda boleh makan makanan barat yang berkhasiat di sini.
Di Keepers Ground ini anda boleh cuba menu mereka seperti Spaghetti Aglio Olio, Gnocchi, Nut & Spinach with Butter Jus, Greek Green Salad dan pelbagai lagi menu lain yang menarik.