Trail yang mencabarkan!
Adakah Anda Berani Menyahut Cabaran Mendaki Gunung Bronang? Kita dapat lihat trend sekarang di mana ramai orang suka membuat aktiviti hiking. Syabas atas usaha anda untuk mengamalkan aktiviti sihat!
Jika anda nak trail yang lebih mencabarkan untuk hiking trip seterusnya, anda boleh cuba mendaki Gunung Bronang yang terletak di Bau.
Untuk mendaki gunung ini, anda dikehendaki membawa seorang guide dengan anda untuk menavigasi sebab perjalanan akan mengambil masa sekitar 5 jam!
Perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam
Seorang pengguna Twitter kongsikan pengalamannya ketika melakukan hiking ke Gunung Bronang.
Hi org kuching!! This very adventure place for hiking and ramai org tak tahu sgt di area Bau. It is Gunung Bronang. Almost 5 hour perjalnan plus 2 hr with santai kt waterfall and kolam around 7 hr dlm hutan. Boleh try but make sure with guider. Sbb track dia sgt cabar!! pic.twitter.com/ud8X4uw6U8
— ➿ (@zul_narani) August 31, 2020
Menurut @zul_narani, durasi untuk mendaki gunung ini mengambil masa sekitar 5 jam. Durasi ini merangkumi perjalanan pergi dan balik dari destinasi (tak termasuk masa anda bersantai).
Terdapat juga sebuah air terjun dan kolam untuk anda bersantai dalam hutan.
Boleh tahan mencabar juga trail ini, jadi pastikan anda membuat persediaan awal yang rapi serta membawa seorang guide dengan anda untuk bantu menavigasi jalan.
Adakah anda bersedia untuk hiking trip seterusnya? Apa kata anda cuba daki Gunung Bronang? Kongsi pengalaman hiking anda di ruangan komen dan jangan lupa share artikel ini!