AirAsia Tawarkan 5 Juta Tempat Duduk Dengan Harga Promosi
AirAsia menawarkan 5 Juta tempat duduk dengan harga promosi bermula dari 21 Mei 2018 sehingga 27 Mei 2018 untuk penerbangan dari 1 November 2018 sehungga 13 Ogos 2019. Promosi tersebut boleh didapati di laman web airasia.com dan juga aplikasi mudah alih AirAsia. Anda boleh melakukan tempahan sekaran dan berjimat kerana anda juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun 20% untuk tempahan kerusi ketika kempen ini.
Tambang serendah RM0* boleh didapati untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Krabi, Yangom, Medan, Nha Trang, Visakhapatnam, Kunming dan banyak lagi penerbangan AirAsia(AK). Anda juga boleh menempah all-in-fares dari harga RM199* dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung, Taipei, Xi’an, Hangzhou, Osaka, Jaipur, Sydney, Honolulu dan banyak lagi penerbangan AirAsia X (D7)
Bagi anda yang menggunakan AirAsia X anda berpeluang untuk mencuba Premium Flatbed dengan all-in-fares bermula dari harga RM199* dari Kuala Lumpur ke Balim Maldives, Shanghai, Busan, Gold Coast dan banyak lagi destinasi menarik.
Jimat lebih apabila anda menempah dengan menggunakan BigPay. Kad BigPay memberi pengguna penjimatan besar sehingga RM32 untuk tempahan di airasia.com. Pengguna juga boleh mendapatkan kadar tukaran wang sebenar tanpa cas apabila berbelanja di luar negara di samping berpeluang untuk mendapatkan Big Points.