Suspek telah didenda
Akibat Tidak Diberi Wang, Penganggur Ini Mengamuk Dan Rosakkan Pintu. Oleh kerana ibu enggan memberi wang, seorang lelaki bertindak mengamuk dan merosakkan pintu bilik tidur ibunya.
Kejadian ini berlaku di Jalan Astana pada 2 November lalu dan suspek telah ditahan serta didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret.

Difahamkan duit tersebut akan digunakan untuk membeli dadah
Menurut laporan, tertuduh didakwa melakukan jenayah dengan merosakkan pintu bilik tidur ibunya di kediaman mereka pada jam 10 pagi, 2 November lalu.
Penganggur berusia 30 tahun itu dilaporkan mengamuk dan bertindak demikian kerana ibunya enggan memberikan wang.
Difahamkan ibu tertuduh sedia maklum bahawa duit itu hanya akan digunakan tertuduh untuk membeli dadah.
Kejadian tersebut telah mengalami kerugian berjumlah RM500.

Didenda RM3,000
Tertuduh bakal menghadapi hukuman penjara sehingga setahun atau tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit salah.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, telah mengaku bersalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan bakal dipenjara tiga bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda RM3,000 yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret.