Agensi pengurusan hartanah terbabit tampil memohon maaf atas kegagalan mereka untuk mematuhi SOP
Turut Akui Bos Dapat Pengecualian Kuarantin, Syarikat Berkait Kluster ICOM(SWAG) Di Kuching Mohon Maaf. Semalam, sebuah kluster baharu telah diisytiharkan iaitu Kluster Icom. Kluster tersebut melibatkan sebuah agensi penasihat hartanah yang bertempat di Icom Square, Kuching.
Berikutan pengisytiharan tersebut, ramai netizen meluahkan kemarahan serta ketakutan masing-masing. Terkini, agensi itu telah tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Facebook rasmi mereka.
“Kami gagal mengemas kini di media sosial dan mengumumkan pelanggaran SOP dan kesalahan ini,” – agensi
Menurut kenyataan media Signature Wealth Advisory Group (SWAG), mereka memahami bahawa permohonan maaf telah lama ditangguhkan tetapi mereka ingin memohon maaf atas kejadian kluster terbaharu ini.
Memahami bahawa tiada jumlah permintaan maaf dapat menghilangkan bahaya yang ditimbulkan, mereka mengakui kesilapan dan memikul tanggungjawab atas kejadian ini.
Mereka juga menyatakan bahawa mereka telah bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengesahkan lokasi dan jumlah orang untuk meminimumkan kerosakan tetapi gagal mengemaskini media sosial dan mengumumkan pelenggaran SOP dan kesalahan mereka.
Sepanjang tempoh sebelum ini, mereka telah memberitahu semua pekerja, rakan kongsi, rakan dan ahli keluarga yang telah dihubungi secepat mungkin dan kesemuanya telah menjalani ujian swab secepat mungkin setelah diberitahu.
Bagi mereka yang didapati positif, mereka telah kuarantin diri.
“Memang benar bahawa salah seorang atasan medapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk kembali ke Kuching dari KL,” – agensi
Mereka kemudian menyatakan bahawa mereka harus dipersalahkan untuk kluster baharu ini.
Di samping itu, mereka mengakui bahawa salah seorang atasan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk kembali ke Kuching dari Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam sebelum menghadiri makan malam terbabit.
Untuk pengetahuan anda, perjumpaan makan malam ini dihadiri oleh kes indeks kluster Icom.
Walaupun sudah mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa dan ujian swab adalah negatif sebelum penerbangan, mereka akui bahawa langkah berjaga-jaga harus diambil.
Meskipun mereka pilih untuk memikul tanggungjawab ini, mereka menyatakan kecurigaan tentang bagaimana jangkitan itu disebar dan setelah penyelidikan lanjut, mereka mempercayai bahawa ia dari salah seorang kontak rapat dari sana.
Mereka turut mengakui bahawa terjadinya pelanggaran SOP di sana.
Mereka mengakhiri permohonan maaf mereka dengan menyatakan bahawa mereka telah gagal mengikuti SOP setelah gambar-gambar perjumpaan itu disebarkan di internet, serta semua nama dan anggota lain disenaraikan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Ia sudah terlambat,” – netizen
Walaupun agensi itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka, ramai netizen meluahkan perasaan marah dan kekecewaan kepada agensi itu.
“Sudah terlambat untuk membincangkan semua perkara, dan kejadian ini telah berlaku. Mengapa pemimpin atau atasan ini tidak dapat mencegah perkara ini berlaku sebelum ia berlaku? Pada masa sensitif ini apabila wabak ini serius. Sebagai orang yang bertanggungjawab secara sosial, syarikat tidak boleh menganjur sebarang aktiviti yang boleh mempercepat penyebaran virus. Rakyat dan kerajaan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan rangkaian penyebaran ini. Ini adalah langkah yang sangat tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada masyarakat !!
“Kumpulan berbahaya, SOP mudah pun tak dapat ikut. Bagaimana nak percaya syarikat macam ini?”
“Jenis platform sehenti apa kumpulan ini yang tidak dapat mengikuti jarak sosial dan mengadakan perhimpunan besar dan menyebarkan virus kepada begitu banyak orang. Polis harus menangkap bos dan memanggil semua peserta dengan denda 10k.”
“Kamu sudah cakap bos dan pemimpin, selalunya mereka ni memang degil, mereka fikir mereka bos, kebal dari virus.”
“Wayang la nak mohon maaf. Korang tidak berfikir apabila merancang untuk membuat makan malam ini. Jika korang cukup waras, korang hanya akan menangguhkannya untuk kesejahteraan anggota dan orang ramai. Seperi yang kita semua tahu bersenang-senang adalah keutamaan berharap tiada masalah. Oleh itu, korang boleh menyalahkan nasib korang kerana ia menghasilkan kluster baru di Kuching. Tahniah dan semoga berjaya.”
“Fikirkan pelanggaran ini, berapa banyak orang / keluarga yang terjejas. Ini boleh menjadi kluster yang menakutkan. Untuk ini, korang tidak kecewa dengan Kuching, tetapi. KUCHING KECEWA DENGAN KORANG. Sebagai catatan akhir, saya harap sedikit kerosakan yang akan terjadi pada keadaan yang sudah rosak ini. Jaga diri sana!”
Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Komen dan jangan lupa share.