Perkara tersebut disebutkan di dalam sidang Parlimen minggu ini
Bekas Menteri : Ada Penerima BR1M Di Sarawak Miliki 50 Buah Kenderaan. Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sebelum ini, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail menerangkan di Parlimen minggu ini mengenai beberapa penemuan berkaitan pembahagian wang BR1M.
Menurut beliau, antara penemuan hasil semakan mereka pada ketika itu adalah seorang individu di Sarawak yang mempunyai 50 motokar dan masih layak menerima bantuan tersebut.
” Saya berpeluang untuk menganalisa data data itu, penemuannya sangat memeranjatkan antaranya yang memiliki kenderaan mewah BMW, yang umur kurang 10 tahun itu jumlahnya 1000 orang lebih dan mereka terima bantuan BR1M ni tunai daripada mula “
” Ada penerima BR1M yang mempunyai 50 motokar, yang memiliki 40 motokar, orang Kuantan. Yang 50 tu orang Sarawak. Ada yang 39 motokar, orang Kelantan. Ada nama dalam tu, dan kita tahu namanya, alamatnya, no kad pengenalannya, semua lengkap. Ini adalah data “
Beliau turut menyentuh perihal dalam proses pelaksanaan untuk menyalurkan bantuan, ketempangan dan kecacatan nya sangat ketara.
” Di mana kebocoran yang dimaksudkan oleh Port Dickson sebentar tadi? Ianya berlaku di sini ; di Lembah Klang data yang mereka temui 7 daripada 10 isi rumah yang layak terima BR1M tercicir, tak masuk. Jadi kalau kita bentangkan angka, angkanya nampak begitu baik tetapi tak sampai “
Isu tersebut dibangkitkan ketika Perbahasan Titah Diraja pada hari Rabu yang lepas oleh Ketua Pembangkang. Perbahasan yang bertajuk Kemiskinan, Bangsa dan Melayu itu kemudiannya dicelah oleh beberapa ahli parlimen lain yang memberi input masing masing.
Dalam perbahasan itu juga, Ketua Pembangkang turut meminta agar kerajaan menuntut semula pemberian wang BRIM itu drpd pemilik 40 dan 50 kereta tersebut.
“Yang di Kelantan ini ada 39 motokar yang ambik BR1M tu, mintak dia bayar balik. Haram wang itu. Yang di Sarawak, ada 50 motokar ambil wang BR1M selama bertahun, mintak balik wang itu kerana wang itu bukan wang dia”
Sidang parlimen yang berlangsung kali ini telah beberapa kali mencetuskan isu yang dikritik hebat oleh netizen terutamanya dari segi perlakuan sesetengah ahli parlimen dari dua dua pihak.
Sidang parlimen kali ini akan diadakan selama 25 hari sehingga 27 Ogos 2020 yang nanti.
Baca juga artikel lain :