fbpx
More

    Beli Kasut Tapi Dapat ‘Bubble Wrap’, Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee

    Pernahkah anda ditipu peniaga online?

    Beli Kasut Tapi Dapat ‘Bubble Wrap’, Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee. Pernahkah anda mengalami kejadian ditipu oleh peniaga di laman platform membeli belah atas talian? Bagi anda yang pernah mengalaminya, pasti anda akan dapat merasa perasaan wanita ini kerana beliau juga ditipu oleh peniaga online baru-baru ini.

    Seorang pengguna media sosial Facebook, Nur Afiqah Farhanah, memuat naik satu hantaran yang meluahkan rasa geramnya terhadap peniaga Shopee yang mengambil kesempatan.

    Gambar bukan main cantik, akhirnya dapat ‘bubble wrap’ kecil saja!

    Jelasnya dalam hantaran tersebut, adiknya telah membuat pembelian sepasang kasut jenama Nike di Shopee namun sebaliknya dikirim sehelai ‘bubble wrap’! Syioh!

    Beli Kasut Tapi Dapat 'Bubble Wrap', Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee
    Beli Kasut Tapi Dapat ‘Bubble Wrap’, Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee
    Sumber : Facebook

    Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 202 tanda sukaan dan 497 perkongsian.

    “Cuba kau beri kotak kosong, boleh lah juga dijadikan tempat untuk kucing aku tidur. Bubble wrap nak buat apa,”

    Afiqah, pengguna Facebook
    Beli Kasut Tapi Dapat 'Bubble Wrap', Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee
    Sumber : Facebook

    Muat naik tersebut nyata menampakkan rasa geram wanita tersebut terhadap peniaga Shopee yang cuba untuk mengambil kesempatan. Memandangkan pembelian tersebut dibuat oleh adiknya yang masih di bawah umur, maka pesanan yang dibuat juga tidak diperhatikan dengan sebaiknya.

    Lebih menyedihkan, pembelian dibuat daripada akaun yang tidak mempunyai pengikut! Bak kata orang empun, sik tauk nak nangis kah nak tetak.

    “Jangan tekan Order Received”Netizen kongsi nasihat dan tips beli-belah di Shopee

    Perkongsian tersebut telah mendapat perkongsian daripada netizen. Kebanyakannya memberikan nasihat serta panduan memilih kedai atas talian Shopee yang sah dan dipercayai. Gambar produk yang cantik tidak semestinya dijual oleh peniaga yang berhati mulia. Gittew.

    Beli Kasut Tapi Dapat 'Bubble Wrap', Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee
    Sumber : Facebook
    Beli Kasut Tapi Dapat 'Bubble Wrap', Wanita Dari Kuching Ini Geram Ditipu Peniaga Shopee
    Sumber : Facebook

    Betul juga apa yang dipesan oleh netizen ini. Jika anda ingin melakukan sebarang pembelian di platform membeli belah online, pastikan anda membeli di kedai yang mempunyai rating yang tinggi serta melihat ulasan pelanggan yang lain.

    Bagaimana pula dengan peniaga Shopee yang baru hendak memulakan perniagaan dan tiada sebarang ulasan atau rating?

    Jangan risau. Teruskan membeli di kedai tersebut namun jika barang yang dikirim tidak seperti yang dijanjikan atau terbukti mereka adalah scammer, jangan tekan ‘Order Received’.

    Untuk pengetahuan anda, selagi anda tidak menekan ‘Order Received’, wang anda masih berada di pihak Shopee dan tidak akan dilepaskan kepada penjual. Ambil gambar sebagai bukti dan kemukakan aduan kepada pihak Shopee. Kemudian, klik ‘Refund’ dan anda akan mendapatkan kembali wang anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

    Kadang kala, kasihan juga melihat peniaga kecil yang baru hendak memulakan perniagaan namun gara-gara scammer seperti ini, sukar untuk mereka mendapatkan jualan kerana tiada yang sudi membeli. Kalau di Shopee, jangan was-was untuk membeli kerana polisinya lebih menyebelahi pelanggan.

    Pada pendapat penulis, pembelian beli belah online lebih selamat dilakukan di Shopee berbanding laman beli belah lain seperti Lazada. Rajin-rajinkan beri rating barangan selepas membeli. Koin yang dikumpul nanti bolehlah ditebus untuk pembelian yang anda rasakan berbaloi, okay?

    Baca juga cerita menarik yang lain :

    Artikel Berkaitan