fbpx
More

    Boleh Tampung Sehingga 100 Penderma, Pusat Tabung Darah HUS Kini Berwajah Baharu

    Wah! Makin semangat lah mok derma darah pastok!

    Boleh Tampung Sehingga 100 Penderma, Pusat Tabung Darah HUS Kini Berwajah Baharu. Adakah anda seorang penderma darah tegar? Tahukah anda bahawa Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) kini berwajah baharu. WOW!

    Para penderma darah di sekitar kawasan Kuching malah dari Samarahan kini berpeluang untuk merasai kemudahan baharu apabila Pusat Tabung Darah HUS berpindah ke bangunan baharu Day Care Center atau turut dikenali dengan Blok Pusat Jagaan Harian HUS.

    Bangunan baharu yang juga terletak di kawasan HUS tersebut juga turut menempatkan Makmal Patologi dan Pusat Jagaan Harian.

    Boleh Tampung Sehingga 100 Penderma, Pusat Tabung Darah HUS Kini Berwajah Baharu
    Sumber : FB Blood Bank Hospital Umum Sarawak

    Lebih dekat dengan parking, boleh tampung sehingga 100 penderma pada satu-satu masa

    Dengan adanya fasiliti naik taraf baharu tersebut, Pusat Tabung Darah HUS kini mampu menampung sehingga 100 orang penderma pada satu-satu masa sekiranya terdapat situasi kecemasan.

    Bukan itu sahaja, pusat yang baharu ini juga lebih dekat dengan tempat letak kereta awam dan ruang foyer hospital.

    Boleh Tampung Sehingga 100 Penderma, Pusat Tabung Darah HUS Kini Berwajah Baharu
    Boleh Tampung Sehingga 100 Penderma, Pusat Tabung Darah HUS Kini Berwajah Baharu
    Sumber : FB Blood Bank Hospital Umum Sarawak

    Lebih banyak fasiliti best, siap ada refreshments area!

    Bukan sahaja bangunannya yang dinaik taraf, tetapi juga peralatannya! Pusat Tabung Darah HUS yang baharu ini dilengkapi dengan tambahan mesin apheresis, katil penderma, bilik seminar pendidikan kesihatan, bilik saringan kesihatan dan sistem tayang pengurusan giliran di ruang lobi.

    Boleh Tampung Sehingga 100 Penderma, Pusat Tabung Darah HUS Kini Berwajah Baharu
    Sumber : FB Blood Bank Hospital Umum Sarawak

    Malah, terdapat juga refreshments area yang menempatkan meja serta lobi untuk pelawat menunggu giliran urusan dengan selesa.

    Naik taraf sistem pelayanan dan infrastruktur baharu ini pastinya memberi galakan dan dorongan kepada para penderma serta individu yang layak menderma darah di luar sana untuk terus menyumbang darah demi menyelamatkan nyawa insan lain.

    Mula beroperasi 11 Disember, Jumaat ini

    Pusat Tabung Darah HUS ini akan beroperasi secara rasmi di bangunan baharu pada hari Jumaat, 11 Disember 2020. Operasi di bangunan lama akan dilakukan buat kali terakhir pada 9 Disember 2020 (Rabu). Walau bagaimanapun, operasi baru nanti dikhabarkan tidak akan beroperasi pada waktu rehat tengah hari seperti sebelum ini.

    Sementara itu, di sini kami lampirkan juga jadual kempen derma darah untuk minggu ini ;

    Sumber : FB Blood Bank Hospital Umum Sarawak

    Jadi, bawa buku merah anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi individu pertama yang merasai pengalaman derma darah yang lebih moden dan selesa!

    Baca juga artikel berkaitan derma darah yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

    Artikel Berkaitan