fbpx
More

    Buaya Sepanjang 3.6 Meter Ditangkap di Sungai Bako

    Buaya Sepanjang 3.6 Meter Ditangkap di Sungai Bako

    Kes buaya kini kembali lagi, kini di Sungai Bako yang terletak lebih kurang 30minit perjalanan dari Bandaraya Kuching. Menurut laporan The Star Online, pasukan dari Sarawak Forestry Corporation yang diketuai oleh Wan Mazlan Wan Majian mengambil masa selama 45 minit untuk menumpaskan buaya tersebut dan membawa buaya itu ke atas bot mereka.

    Wan Mazlan dan pasukan nya kemudian membawa buaya tersebut ke darat dengan bantuan sebuah kren. Buaya yang ditangkap merupakan seekor buaya betina dengan panjang 3.6 meter dan seberat 200kg.

    Buaya Sepanjang 3.6 Meter Ditangkap di Sungai Bako
    Gambar dari : The Star Online

    Apabila ditemuramah, Wan Mazlan yang mempunyai pengalaman menangkap buaya selama 28 tahun berkata, beliau menerima panggilan telefon dari penduduk Kampung Bako pada pukul 6.10 pagi. Menurut beliau, penduduk kampung mengadu mengenai kehadiran buaya di Sungai tersebut dan beliau telah meletakkan umpan bagi menangkap buaya tersebut.

    Buaya yang ditangkap merupakan buaya ke 5 yang ditangkap Wan Mazlan di Sungai Bako tahun ini.

    http://46.137.199.243/upcomingevents/3-event-gempak-yang-anda-harus-pergi-di-kuching-pada-bulan-julai-2019-ini/

    Artikel Berkaitan