fbpx
More

    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma

    Dua suspek ditahan cuba menyamun sebuah kedai 24 jam.

    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma. Dua suspek yang bersenjatakan objek yang menyerupai pistol telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam tiga kes samun dan rompak yang berlaku di sekitar bandar raya Kuching pada hari Rabu semalam.

    “Suspek telah berjaya diberkas susulan penangkapan seorang daripada suspek yang gagal untuk melarikan diri dalam cubaannya merompak sebuah kedai 24 jam di Taman Sukma sekitar jam 2.10 pagi”, menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani.

    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma
    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma

    Berjaya memberkas seorang lagi suspek

    Hasil daripada penangkapan tersebut, pihak berkuasa berjaya memberkas seorang lagi suspek menurut beliau.

    Kedua-dua suspek tersebut cuba untuk menyamun sebuah kedai 24 jam tetapi gagal menyebabkan seorang daripada suspek berjaya ditahan oleh pekerja di premis tersebut dan kemudian diserahkan pada polis.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja kedai 24 jam tersebut atas keberaniannya menangkap salah seorang suspek yang kemudiannya membawa kepada penangkapak kedua-dua suspek” ujar Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani.

    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma

    Turut merampas sebuah motosikal yang digunakan

    “Rentetan daripada tangkapan tersebut, Cawangan Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK Sarawak berjaya memberkas suspek kedua dan turut merampas sebuah motosikal yang digunakan oleh suspek ketika melakukan jenayah samun tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

    Kedua-dua suspek kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan yang lebih lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma

    Cuba menyamun sebuah stesen minyak

    Selain itu, “dipercayai juga kedua-dua suspek iaitu yang sama juga cuba menyamun sebuah stesen minyak sekitar jam 1.40 pagi di Jalan Abdul Rahman dengan mengacukan senjata menyerupai pistol ke arah pekerja di kaunter.

    Bagaimanapun, pekerja di premis tersebut terus menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi di dalam stor menyebabkan kedua-dua suspek beredar”, menurut beliau.

    Cubaan Rompak Gagal, Perompak Ini Tumpas Di Tangan Pekerja Kedai Serbaneka Taman Sukma

    Mempunyai beberapa rekod jenayah

    Melalui semakan rekod juga mendapati seorang daripada suspek mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan jenayah harta benda, samun dan dadah.

    “Sekurang-kurangnya tiga kes yang dilaporkan telah dikaitkan dengan mereka dan siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan mereka dalam kes-kes lain” kata Awang Din.

    “Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi di talian 082-244444 atau berhubung terus dengan mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan