fbpx
More

    Demi Dapatkan Duit Bantuan BPR 2.0, Warga Emas Ini Sanggup Tidur Di Tepi Jalan

    Sanggup tidur guna sekeping kadbod sebagai selimut

    Demi Dapatkan Duit Bantuan, Warga Tua Ini Sanggup Tidur Di Tepi Jalan. Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dilapor tidur di tepi jalan selama 3 hari pada masa penulisan.

    Menurut laporan, lelaki tersebut, iaitu Akau Rabi, yang berasal dari Sebuyau, telah datang ke Kuching dari kampungnya untuk menerima duit bantuan tunai yang ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka yang memerlukan.

    Demi Dapatkan Duit Bantuan BPR 2.0, Warga Emas Ini Sanggup Tidur Di Tepi Jalan

    Kerana tidak tahu bila duit bantuan terbabit akan keluar

    Akau Rabi datang ke Kuching beberapa hari lepas kerana beliau tidak pasti bila duit bantuan tersebut akan keluar.

    Ketika ditemu bual oleh Malaysia Now, Akau Rabi mengatakan bahawa ia adalah malam ketiga beliau telah tidur di kaki lima di Jalan India (belakang bangunan Electra House).

    “Saya diberitahu oleh penduduk kampung bahawa bantuan tunai dapat diambilkan pada akhir bulan ini. Namun, tiada tarikh tetap telah dinyatakan jadi saya memutuskan untuk datang ke Kuching untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

    Seperti ratusan ribu orang di seluruh negeri, beliau juga terjejas akibat wabak Covid-19 dan sangat memerlukan bantuan.

    Rabi bersama Hamdan Salleh, berasal dari Kampung Bako tetapi sudah beberapa lama tinggal di jalanan di Kuching. Kredit: Malaysia Now

    Hanya membawa beg tangan kecil dan beberapa pakaian

    Rabi melakukan perjalanan sejauh 90km ke Kuching dengan hanya membawa sebuah beg tangan kecil yang berisi dompetnya dan beberapa helai pakaian.

    Untuk pengangkutan, cara termurah untuk beliau adalah menggunakan van awam yang tidak berlesen (van sapu). Perjalanan beliau dari Sebuyau ke Kuching berharga sekitar RM40.

    Van sapu. Gambar sekadar hiasan.

    Beliau hanya mempunyai sekitar RM350 untuk perbelanjaannya, yang sebelumnya beliau simpan untuk datang ke Kuching dengan tujuan mengambil wang bantuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0).

    Walaupun duit bantuan yang diberikan kepada kumpulan B40 dan M40 di bawah program BPN 2.0 mungkin tak banyak dalam pandangan orang lain, tetapi jumlah yang akan diterima sangat bernilai kepada mereka yang menetap di luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman.

    Gambar sekadar hiasan. Kredit: Berita Harian

    Oleh kerana wang tersebut biasanya dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon berdaftar, Rabi ialah salah satu daripada banyak penduduk pedalaman yang tidak mempunyai akses ke mesin ATM, menyebabkan pengeluaran mustahil.

    Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun simpanan, mereka harus pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengambil bantuan tunai tersebut.

    Tak dapat pulang kerana tidak menerima bantuan wang tunai

    Rabi menyatakan bahawa beliau tidak dapat pulang ke Sebuyau selagi beliau belum menerima duit bantuan terbabit.

    “Dengan hanya sedikit wang tunai, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk perjalanan setiap hari dari Sebuyau ke Kuching,” katanya.

    Untuk mengurangkan kos perbelanjaannya, Rabi memutuskan untuk tidur di tepi jalan sebagai cara mengurangkan kos perbelanjaan penginapan.

    Hanya apabila beliau menerima wang BPR 2.0 tersebut, barulah beliau dapat pulang.

    Oleh kerana susah, sanggup buat apa-apa sahaja. Semoga mereka yang terjejas dipermudahkan dalam segala hal.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan