Didapat tidak bersalah pada 24 Februari 2021
Didakwa Membunuh Bayi, Dua Warga Indonesia Di Kuching Terlepas Hukuman Gantung. Dilaporkan bahawa dua warga Indonesia dari Sulawesi Selatan yang dituduh membunuh bayi pada 2013 telah dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.
Kedua-dua suspek ditahan pada 29 November 2013 dan kini dibebaskan serta dipulangkan ke Indonesia.
Dijatuhkan hukuman penjara, kemudian hukuman gantung
Menurut laporan, kedua-dua suspek iaitu Herna Mola dan Soha Beta ditangkap pada 29 November 2013 atas tuduhan membunuh bayi dan dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Miri pada 24 November 2016.
Ekoran itu, pihak pendakwaan mengajukan rayuan dan kedua-dua suspek dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 21 Oktober 2019.
Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching melalui peguam, mengemukakan rayuan dan akhirnya kedua-dua suspek didapati tidak bersalah pada 24 Februari 2021.
Sudah dikembalikan ke Indonesia
Pada waktu penulisan laporan asal, kedua-dua mereka sedang dalam proses pengembalian melalui Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Entikong (penyeberangan sempadan utama antara Kalimantan Barat dan negeri Sarawak) setelah diserahkan kepada wakil Unit Pelaksana Teknis Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (UPT BP2MI).
Difahamkan bahawa UPT BP2MI akan mengendalikan pengembalian mereka ke Sulawesi Selatan setelah menjalani saringan Covid-19 di PLBN Entikong.