fbpx
More

    Digelar King Of Waterfalls Di Padawan, Air Terjun Ini Pasti Mengujakan Anda

    Antara air terjun terbesar di Padawan

    Digelar King Of Waterfalls Di Padawan, Air Terjun Ini Pasti Mengujakan Anda. Bagi warga Kuching yang minat aktiviti hiking tapi tak mampu pergi terlalu jauh, jangan risau!

    Kali ini, kami mencadang anda untuk check out Gareg Waterfall yang terletak di Padawan! Note, trail ke sini agak jauh jadi pastikan stamina anda cukup untuk melakukannya pendakian ini. Hehe!

    Digelar King Of Waterfalls Di Padawan, Air Terjun Ini Pasti Mengujakan Anda

    Pertama sekali, anda harus memandu ke Kampung Kiding

    Seorang hiker iaitu Stan Lee David berkongsi pengalaman perjalanannya ke Air Terjun Gareg menerusi Facebook.

    Dikatakan antara air terjun terbesar di Padawan, anda harus pergi ke Kampung Kiding terlebih dahulu untuk pergi ke sini.

    Menurut Stan Lee, perjalanan menggunakan kereta akan membawa anda ‘mendaki’ 3 buah bukit dengan kecuraman 20%! Hanya lepas melalui bukit-bukit ini anda akan tiba ke Kampung Kiding.

    Kampung Kiding. Kredit: Backyard Tour

    Perjalanan sejauh 9km!

    Setiba anda ke Kampung Kiding, maka bermulalah perjalanan anda ke air terjun tersebut yang sejauh 9km dari Kampung Kiding.

    Anda akan turun naik bukit dan melihat fenomenon ‘cloud carpet’ di mana anda berada di atas bukit sambil melihat awan yang meliputi pemandangan di bawah. Beliau juga mengatakan bahawa Empangan Bengoh juga dapat dilihat dari sini!

    Awan meliputi pemandangan di bawah! Kredit: Facebook

    Walaupun trail tak susah, beliau mengatakan bahawa perjalanan ke air terjun ini sangat jauh dan sarankan orang lain menggunakan trekking pole atau tongkat jalan untuk memudahkan perjalanan serta beg kamera kalis air.

    Jauh-jauh pun perjalanan, anda pasti teruja melihat pemandangan indah yang menjemput anda!

    15 minit sebelum tiba ke air terjun. Kredit: Facebook
    Menurut Stan Lee, dari jarak ini beliau sudah “tersembur sebab nya nanggg Besar!” Kredit: Facebook
    Air terjun Gareg. Kredit: Wikiloc

    Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi Uncle Bakas di +6014 6932 328. Namun, ia lebih baik untuk menghubungi beliau secara direct dan bukan menerusi WhatsApp.

    Menurut Stan Lee, uncle ini sangat sibuk dan jarang membaca WhatsApp jadi beliau menasihati para peminat untuk menghubungi uncle ini menerusi panggilan dalam talian.

    Adakah anda pernah pergi ke sini? Kongsi pengalaman anda dan jangan lupa share article ini!

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan