fbpx
More

    Dua Pusat Pemindahan Sementara Dinaiki Air Di Kuching

    Pusat pemindahan sementara di Kuching dinaiki air kerana hujan lebat tak henti-henti semalam.

    Dua Pusat Pemindahan Sementara Dinaiki Air Di Kuching. Hari kedua banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dialihkan awal pagi tadi ekoran dinaiki air.

    Pusat pemindahan yang terjejas adalah PPS Desa Wira dan PPS Malihah di Kuching membabitkan hampir 200 mangsa.

    Dua Pusat Pemindahan Sementara Dinaiki Air Di Kuching
    Dua Pusat Pemindahan Sementara Dinaiki Air Di Kuching

    Mangsa terjejas dipindahkan ke PPS lain yang terletak berhampiran.

    Menurut penjaga PPS Stapok, Lina Jomek, seramai 25 orang dari tiga keluarga telah dipindahkan dari Balai Raya Desa Wira ke PPS Stapok.

    Pada 14 Januari 2021, setakat jam empat pagi, seramai 160 mangsa dengan tambahan 25 orang dari tiga keluarga yang berpindah dari Balai Raya Desa Wira yang sudah ditenggelami air,” katanya.

    Namun begitu, menurutnya PPS Stapok kini sudah penuh manakala baki mangsa terpaksa ditempatkan di luar khemah.

    “Sejumlah 33 buah khemah telah dipasang tetapi tidak mencukupi untuk menampung lebih ramai penduduk yang terkesan.

    Kredit gambar: Uzaid Din Syamila

    Tempat PPS juga adalah terhad

    “Memandangkan SOP yang perlu kita patuhi, maka kami tidak dapat menerima banyak mangsa kerana tempat terhad.

    “Kami akur dengan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa membuatkan sukar untuk kerajaan menambah aset bantuan,” ujarnya.

    Jelasnya juga, banjir tahun ini merupakan yang terburuk pernah dialami penduduk Desa Wira dalam tempoh lima tahun.

    Kredit gambar: Uzaid Din Syamila

    Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak mencecah 1,473 mangsa

    Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak mencecah 1,473 mangsa dengan penambahan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan 21 PPS yang aktif.

    Daerah yang turut terjejas termasuklah Kuching, Samarahan, Serian, Simunjan dan Miri.

    Kredit: AstroAwani

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan