Seorang kakitangan di Everrise Pending telah didapati Positif Covid-19.
Everrise Pending Dibuka Semula Hari Ini Setelah Di Sanitasi Secara Menyeluruh. Dilaporkan bahawa salah seorang kakitangan daripada Everrise Pending iaitu juruwang mereka telah disahkan positif Covid-19 pada 7 Mac. Kali terakhir juruwang tersebut dilaporkan bekerja adalah pada 6 Mac 2021.
Semua kakitangan yang merupakan kontak rapat kepada juruwang itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 7 Mac dan telah dihantar pulang ke rumah untuk dikuarantin.
Everrise Pending telah pun ditutup pada 9 Mac
Sebagai langkah berjaga-jaga, outlet Everrise Pending telah pun ditutup pada 9 Mac iaitu semalam untuk kerja sanitasi dan pembersihan menyeluruh.
Everrise Pending pada hari ini telah kembali beroperasi seperti biasa setelah memastikan premis mereka dibersihkan secara menyeluruh.
Everrise juga telah menegaskan bahawa
Selain itu, Everrise juga telah menegaskan bahawa “kesihatan dan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami selalu menjadi keutamaan kami dan kami menggesa semua orang untuk mengambil langkah berjaga-jaga sendiri untuk melindungi diri daripada Covid-19”.
Diharapkan agar semua sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP agar kita semua boleh mencegah penyebaran virus Covid-19 ini bersama.