Bagi penggemar makanan Korea tunggu apa lagi jom cuba!
5 Restoran Korea Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching Part 2. Minat makanan Korea? Asyik tengok bintang Kpop kegemaran anda makan makanan Korea seperti jajangmyeon, kimchi jigae dan juga korean fried chicken?
Tunggu apa lagi mari kita terjah restoran korea di Kuching ini:
1. Choo Choo Chicken
Bagi penggemar ayam goreng Korea yang rangup dan lazat, di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Choo choo Chicken ini terletak di Song Plaza berdekatan CityOne.
Golden Salted egg cheese
Golden Salted egg cheese merupakan salah satu menu yang anda mesti cuba di sini. Ayam goreng yang digoreng sempurna dan di makan bersama cheese mozarela tarik akan pasti membuat anda datang lagi di sini.
Rose chicken
Mereka juga mempunyai banyak menu makanan korea yang lain anda boleh cuba seperti ramen, army stew dan juga rose chicken. Memang sedap gais semua makanan di sini.
2. Yoogane Dakgalbi
Tahukah anda bahawa Yoogane Dakgalbi ini merupakan dakgalbi nombor 1 di Korea dan mereka sudah mempunyai 130 cawangan di Korea? Kini ianya ada di Kuching Sarawak gais di Vivacity Megamall.
Masak di hadapan anda
Bagi yang minat masakan korea yang panas dan fresh di hadapan anda, ini adalah jawapannya.
Chicken cheese Bulgogi
Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah Chicken cheese Bulgogi, Seafood Chicken Galbi dan Yoogane Army Stew. Jangan risau makanan korea yang lain juga ada di sini.
3. BBQ Chicken Malaysia
BBQ Chicken Malaysia yang terletak di Aeon Mall ini adalah salah satu restaurant korea yang anda boleh kunjungi.
Restoran yang selesa
Restoran ini mempunyai tempat yang selesa dan cantik memang sesuai untuk selfie atau ambil gambar gais.
Pane cream mushroom soup
Antara menu makanan yang anda boleh cuba di sini adalah pane cream mushroom soup, bulgogi hot stone rice dan pelbagai jenis ayam goreng koreanya yang memang daebak.
4. Mr Dakgalbi
Mr Dakgalbi yang terletak di Plaza Merdeka dan juga VivaCity ini adalah salah satu kedai makanan Korea yang anda boleh cuba di Kuching.
Masakan korea
Sama seperti Yoogane, Mr Dakgalbi juga ada menyediakan menu masakan korea yang panas dan segar di hadapan anda.
Cheese ring dakgalbi
Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah dakgalbi fried rice, cheese ring dakgalbi dan juga octopus dakgalbi. Bagi peminat makanan korea di luar sana, anda pasti tidak akan menyesal makan di sini.
5. DubuYo
Terletaknya di Vivacity, DubuYo ini merupakan spot yang popular bagi penggemar makanan Korea.
Pelbagai makanan korea
Di sini, pelbagai makanan korea yang anda boleh cuba seperti jajangmyeon, Samgyetang, Kimchi Jigae, Yukgaejang dan banyak lagi.
Sedap dan berbaloi
Semuanya memang sedap dan juga berbaloi. Makanan di Dubuyo ini memang tidak pernah mengecewakan.