fbpx
More

    Ini 4 Produk Menarik Dari Sarawak Yang Anda Boleh Dapatkan Secara Atas Talian

    Kini segalanya terus dari hujung jari anda

    Ini 4 Produk Menarik Dari Sarawak Yang Anda Boleh Dapatkan Secara Atas Talian. Sekiranya anda sudah lama tidak balik ke Sarawak dan rindu masakan dan produk produk made in sarawak, anda kini hanya perlu mencarinya terus secara atas talian kerana banyak platform platform yang kini menjualnya.

    Apatah lagi dengan polisi semasa yang mewajibkan setiap rakyat marhaen yang ingin ke Sarawak untuk kuarantin wajib 14 hari, sudah pasti ramai yang sudah lebih 1 tahun tidak berkesempatan untuk kembali ke Sarawak. Jadi dalam artikel ringkas kali ini, kami kongsikan kepada anda 4 produk menarik dari Sarawak yang anda boleh dapatkan terus melalui aplikasi dan platform Shopee.

    Ikan Terubuk Masin
    Ini 4 Produk Menarik Dari Sarawak Yang Anda Boleh Dapatkan Secara Atas Talian
    Sumber Gambar : Rumah Hijau Cafe

    Ikan terubuk masin sangat enak dimakan jika dipadankan dengan nasi aruk yang panas untuk sarapan pagi. Ditambah lagi dengan perahan limau dan juga sebatang cili padi untuk kick yang padu, semestinya ikan terubuk masin akan menggamit kenangan bagi anda yang sudah lama tidak berpeluang untuk kembali ke Sarawak.

    Corned Beef

    Corned Beef juga merupakan salah satu produk kegemaran rakyat Sarawak. Terdapat pelbagai jenama yang digemari dan salah satunya adalah Pawada. Corned Beef ini kebiasaannya dimasukkan sekali dalam nasi goreng atau boleh juga digoreng berasingan dan ditumis dengan bawang, cili dan sebagainya.

    Kini anda tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan corned beef ini terus secara atas talian.

    Kek Lapis Sarawak
    Ini 4 Produk Menarik Dari Sarawak Yang Anda Boleh Dapatkan Secara Atas Talian

    Kek Lapis Sarawak semestinya merupakan kegemaran bukan sahaja rakyat Sarawak, malah sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Proses membuat kek lapis ini bukanlah senang kerana ianya mengambil masa berjam jam hanya untuk menyiapkan 1 kek lapis.

    Jika anda penggemar kek lapis atau ingin mendapatkan stok kek lapis untuk hari raya nanti, anda boleh dapatkan terus secara atas talian.

    Baca juga artikel berkaitan dengan kek lapis di bawah :
    Teh C Special

    Teh C Special ini pastinya tidak perlu apa apa lagi pengenalan kerana sememangnya terkenal dan juga digemari ramai. Sesuai dinikmati ketika cuaca yang panas, Teh C Special ini pastinya dapat menghilangkan dahaga anda terutamanya ketika bulan ramadhan nanti. Baru baru ini juga viral Teh C Special yang kini telah di tin kan dan boleh dijadikan stok terus dirumah tanpa perlu penat membancuh.

    Kini anda boleh dapatkan produk produk ini terus secara talian melalui laman sesawang yang kami sertakan di bawah :

    [content-egg module=Offer template=list]

    Artikel Berkaitan