fbpx
More

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0

    Group FB asal tersebut dikatakan syok sendiri dan berat sebelah.

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0. Kadang kala, cadangan daripada rakan-rakan sekeliling sahaja tidak mencukupi. Soal makan dan minum yang best, anda perlu berani meneroka pelbagai platform forum atau perbincangan untuk mengetahui lokasi restoran hidden gem berserta pandangan jujur mereka.

    Namun demikian, sebuah platform pengkritik makanan terkenal di Kuching kini dilihat tidak lagi relevan kerana dikendalikan secara syok sendiri dan berat sebelah.

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0

    Group asal pengkritik makanan tidak disenangi netizen kerana menjengkelkan

    Tindakan pengendali baru kumpulan pengkritik makanan tersebut rupanya tidak disenangi oleh netizen kerana tidak menggambarkan review jujur tentang makanan dan restoran yang ada di Kuching.

    Bukan itu sahaja, group FB tersebut juga sering memuat naik review yang hanya mempromosikan perniagaannya sendiri dengan cara yang menjengkelkan.

    Veryy the sedap, katanya.

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0

    Susulan itu, netizen telah melancarkan sebuah group pengkritik makanan yang baru yang diberi nama Kuching Food Critics 2.0.

    Komen dipadam pentadbir group asal kerana beri pendapat terlalu jujur

    Melalui tinjauan di ruangan muat naik dan komen, kebanyakan ahli yang menyertai group baru tersebut dikatakan pernah disekat oleh pentadbir group pengkritik makanan yang asal kerana memberikan review jujur.

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0

    Malah, sesetengah komen juga dipadam oleh pentadbir kerana tidak mahu memberikan reputasi buruk kepada menu yang mereka promosikan.

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0

    Kuching Food Critic 2.0 mengalu-alukan review jujur restoran dan gerai makanan

    ***Penafian : Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan group FB Kuching Food Critics 2.0.

    Untuk group pengkritik makanan yang baru ini, beberapa peraturan telah diletakkan untuk ahli baru. Antaranya seperti tidak boleh mengiklan, membuli, spam, troll, dan hanya memuat naik makanan yang berada di Kuching atau kawasan sekitarnya sahaja. Ahli baru juga dilarang untuk memuat naik makanan eksotik daripada sumber yang dilarang seperti haiwan terlindung.

    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0
    Group Pengkritik Makanan Kuching Syok Sendiri, Netizen Lancar Kuching Food Critics 2.0

    Kadang kala, review jujur sangat diperlukan untuk menaikkan tahap perkhidmatan dan servis sesebuah kedai. Bukan itu sahaja, pandangan yang bernas ini juga memberikan variasi tempat makan yang lebih luas yang boleh anda cuba.

    Betul tak?

    Apa pandangan anda?

    Sementara itu, ini cadangan tempat makan yang best di Kuching :

    Artikel Berkaitan