Oleh itu, H&L BDC akan ditutup pada hari ini dan kembali beroperasi esok hari (17 April 2021).
H&L BDC Telah Mengesahkan Seorang Kakitangan Positif COVID-19. H&L telah mengeluarkan kenyataan bahawa salah seorang kakitangan mereka telah disahkan positif Covid-19.
H&L BDC akan ditutup hari ini
Menurut kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan, H&L BDC akan ditutup hari ini bagi kerja pembersihan dan sanitasi menyeluruh di premis mereka.
Menurut H&L di dalam kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mereka, “setelah mengetahui bahawa salah seorang kakitangan kami di BDC diuji positif COVID-19 semalam, kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dan juga kakitangan yang dijangkiti telah menjalani ujian swab lalu dihantar pulang untuk di kuarantin.
Oleh demikian, H&L BDC akan ditutup untuk kerja pembersihan dan sanitasi yang menyeluruh, sesuai dengan panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
H&L BDC akan kembali beroperasi esok hari
H&L BDC akan kembali beroperasi pada esok hari iaitu pada 17 April 2021.
Yakinlah bahawa kesihatan dan keselamatan pelanggan dan juga kakitangan adalah keutamaan dan kami menggesa agar semua orang untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri dari Covid-19.
Diharap agar semua berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP untuk melindungi diri anda daripada virus Covid-19.