fbpx
More

    HUS Antara 5 Hospital Di Malaysia Diiktiraf Oleh World Stroke Organisation

    Hospital Umum Sarawak (HUS) diiktiraf oleh WSO telah mencapai piawai antarabangsa dalam praktikan rawatan strok

    HUS Antara 5 Hospital Di Malaysia Diiktiraf Oleh World Stroke Organisation. Terkini dilaporkan HUS dianugerahkan anugerah Diamond dan Gold ketika WSO Angels Award sebagai pengiktirafan atas rawatan strok mereka yang luar biasa.

    Hospital di Malaysia lain yang juga diiktiraf ialah Hospital Tuanku Jaafar di Seremban (Gold), Hospital Seberang Jaya (Gold), Regency Specialist Hospital (Gold), dan Pantai Hospital Penang (Diamond).

    HUS Antara 5 Hospital Di Malaysia Diiktiraf Oleh World Stroke Organisation

    HSU pernah menerima anugerah terbabit untuk dua tahun berturut

    Sebelum ini, HSU pernah menerima anugerah untuk dua tahun berturut iaitu anugerah Gold pada suku keempat 2019 dan Diamond pada suku pertama tahun ini.

    Pemenang Angels Award WSO mendapat pengiktirafan daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Rohaizat Yon pada majlis perasmian The Malaysia Stroke Virtual Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Anugerah berkenaan adalah sebahagian daripada Inisiatif Angels iaitu pelancaran syarikat farmasi Jerman Boehringer Ingelheim, yang melibatkan hospital-hospital untuk meningkatkan kualiti rawatan strok melalui latihan dan konsultasi berterusan.

    HUS antara 5 hospital di Malaysia menerima anugerah WSO.

    Anugerah WSO diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017

    Pertama kali diperkenalkan di negara ini pada tahun 2017, Inisiatif Angels bekerjasama secara aktif dengan Malaysian Stroke Council (MSC) untuk melibatkan lebih daripada 34 hospital di seluruh Malaysia.

    Sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan, hospital digalakkan untuk menyerahkan rekod kes strok mereka termasuk prosedur dan terapi yang diberikan untuk memenuhi syarat untuk Anugerah Angels WSO.

    Data tersebut dicatatkan dalam Registry of Stroke Care Quality (RES-Q), yang kemudian dinilai untuk menentukan apakah mereka memenuhi syarat untuk penghargaan status Gold, status Platinum, atau status Diamond.

    Angels Award WSO kemudian akan diberikan kepada hospital yang menunjukkan standard global dalam praktik perawatan strok mereka, berdasarkan ketepatan waktu dan kualiti rawatan.

    Sebanyak 12 hospital di Malaysia telah terdaftar di RES-Q sejak 2019, di mana lima hospital berjaya memperoleh anugerah Gold dan Diamond sejak Suku 3 tahun 2019.

    Syarat untuk mendapat anugerah

    Untuk layak mendapat anugerah Diamond, hospital mesti merawat pesakit strok di unit strok khusus atau Unit Rawatan Rapi (ICU) sepanjang penginapan mereka di hospital.

    Contoh status Gold yang diberi kepada Hospital Fundacion Santa Fe Colombia.

    Hospital-hospital juga harus dapat merawat sekurang-kurangnya 50% pesakit dengan terapi pemulihan dalam 45 minit setelah tiba di hospital dan 75% dalam 60 minit.

    Pantai Hospital Pulau Pinang menjadi hospital pertama di Malaysia yang menerima anugerah Diamond dan mencapainya selama dua suku berturut-turut.

    Syabas, Hospital Umum Sarawak!

    Lagi disini:

    Artikel Berkaitan