Mari cuba nasi kukus padu di Kuching ini.
Ini Adalah 3 Port Nasi Kukus Padu Di Kuching Part 2. Pagi penggemar dan yang tengah mengidam makan nasi kukus , anda tidak perlu risau lagi kerana ada nasi kukus yang memang padu di Kuching ini.
Ini adalah senarainya:

1. Restoran Q Nasi Kukus
Ramai yang sudah cuba dan ramai yang menyukainya. Nasi kukus di sini memang power. Sambal nasi kukus di sini memang pedas dan padu.

Lauk nasi kukus di sini juga pelbagai jadi anda tidak perlu risau jika anda tidak mahu makan ayam, kerana lauk penggantinya seperti sotong dan ikan juga ada.

Dengan harga yang berbaloi serta portion yang berbaloi, anda akan berpuas hati jika makan di sini. Sekali cuba memang nak lagi.

2. Nasi Katok Kukus
Nasi katok kukus juga merupakan kegemaran ramai kerana mereka memang menyediakan hanya nasi kukus yang terbaik sahaja di sini.

Sambal nasi kukus di sini pedas dan memang padu ye gais. Antara lauk untuk nasi kukus di sini adalah ayam goreng berempah, ayam cincang, daging kerutuk, ikan tenggiri, udang dan juga udang galah.

Jom singgah di sini untuk merasa nasi kukus yang memang sedap dan sekali cuba anda pasti tidak akan menyesal.

3. Nasi Kukus Place
Jika anda ke Vivacity dan tidak tahu untuk makan apa di sana, mari cuba nasi kukus yang padu di Nasi Kukus Place ini. Menu yang anda boleh cuba di sini adalah nasi kukus ayam berempah, nasi kukus ayam cincang dan pelbagai lagi menu lain.

Walaupun berada di pusat membeli belah mereka tetap menawarkan harga yang berbaloi dan makanan yang sedap, memang berbaloi ye makan di sini.

Jika tengah sibuk membeli belah di Vivacity dan berasa lapar, anda boleh berhenti sebentar dan menjamu selera di sini dan anda pasti tidak akan menyesal.