Food lovers Jom!
Ini Adalah 4 Port Makanan Padu Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Pening tidak tahu untuk makan di mana di Kuching sebab terlalu banyak tempat makan? Jangan risau kami di sini akan membantu anda sediakan pilihan tempat makan yang memang padu di sekitar Kuching.
Berikut adalah 4 port makanan padu di Kuching yang anda mesti try:
1.Salleh’s Corner
Bagi penggemar makanan pedas extreme, di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Pelbagai menu yang menarik yang anda boleh dapati di sini. Antaranya adalah, nasi goreng racun, pelbagai jenis makanan laut, nasi geprek dan bermacam-macam lagi.
Makanan yang paling sesuai bagi mereka yang gemar makanan pedas extreme adalah nasi goreng racun. Daripada namanya sahaja sudah tahu kan yang nasi goreng ini sememangnya luar biasa, terdiri daripada tiga level iaitu level 1 hingga 3 di mana level 3 adalah yang paling pedas. Semoga berjaya mencuba semua!
Lokasi: Ground Floor, 2882, Jalan Astana, 93050 Kuching, Sarawak
2.Gado-gado
Di Gado-gado ini, anda boleh mencuba pelbagai menu seperti nasi ayam penyet, indomie jumbo cabe ijo udang penyet dan pelbagai lagi menu yang lain.
Menu yang pelbagai daripada nasi putih bersama lauk istimewa sehingga mee ada di sini. Bagi mereka yang pernah ke sini memang akan datang lagi kerana makanan di sini semuanya mantap.
Lokasi: Kozi Square Kuching, 93000 Kuching Sarawak
3. Resto Nasi Padang
Walaupun restoran ini baru sahaja buka, ianya berjaya menempah nama di dalam senarai ini kerana semua menu yang dihidangkan di sini memang padu. Di sini mereka menyediakan sajian khusus nasi padang dari jam 10 pagi hingga 4 petang manakala jam 6 petang hingga 10 malam mereka menyediakan masakan kampung yang beralaskan talam.
Antara menu yang menarik dan unik yang anda boleh dapati di sini adalah daging salai masak lemak dan daging belado. Pelbagai menu lain juga disajikan di sini seperti Nasi Ayam salted egg, Nasi Ayam Buttered, Nasi 3 budak Gemok, Takoyaki by Takolab dan sebagainya.
Lokasi: Lorong Metrocity Boulevard 3A 93050 Kuching, Sarawak
4. Zan’s Classic Cuisine
Bagi yang ingin mencari nasi kukus yang padu di kawasan Satok, ini adalah pilihan yang terbaik buat anda. Nasi kukus yang disajikan di sini tidak pernah mengecewakan kerana rasanya memang consistent. Di sini juga adalah tempat yang amat sesuai bagi mereka yang gemar pedas.
Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah nasi ayam geprek, nasi kukus ayam, burung puyuh atau ikan, laksa Sarawak dan pelbagai lagi menu lain yang menarik.
Lokasi: 155a, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak