Jika anda bosan asyik makan sushi dari restoran yang sama sahaja, mari lihat senarai ini.
Ini Adalah 5 Restoran Makanan Jepun Yang Terbaik Di Kuching. Bagi yang tidak tahu mana nak cari makanan jepun atau sushi yang best di Kuching ini, mari kita sama-sama terokai restoran jepun yang menyajikan makanan yang memang mantap ini.
Ini adalah senarainya:

1. Sushi Mentai
Jika anda penggemar sushi, Sushi Mentai yang terletak di Saradise ini adalah tempat yang anda sememangnya perlu cuba. Sushi mentai ini menawarkan harga sushi yang berpatutan dan rasa yang berkualiti dan juga sedap.

Sushi seperti egg mayo, crabstick mayo tuna mayo dan banyak lagi boleh didapati dengan harga serendah RM1.80.

Manakala salmon mayo sushi, unagi sushi ebi sushi dan lain-lain boleh didapati dengan harga serendah RM2.80 di sini dan menu lain juga ada di sini. Berbaloi bukan? Jadi tunggu apa lagi, mari kita berkunjung di sini.

2. Izakaya
Izakaya yang terletak di Icom Square ini juga adalah antara tempat yang anda perlu cuba jika anda gemar makanan jepun. Di sini kualiti makanan anda sememangnya dijamin kerana mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang terbaik sahaja.

Antara makanan yang anda boleh cuba di sini adalah smoked duck, daging australia grill bersama salad, sashimi dan juga sushi mereka yang pelbagai. Mereka juga menyediakan daging wagyu di sini.

Menu lain juga boleh didapati di sini. Jika anda makan di sini, anda akan berasa seperti di jepun kerana suasananya memang bertemakan jepun sepenuhnya.

3. Oishi
Oishi ini terletak di Jalan Rock dan tempat ini juga amat sesuai bagi mereka yang minat makanan jepun.

Sesuai dengan namanya Oishi yang bermaksud sedap, makanan di sini juga memang oishi dan berbaloi.

Pelbagai sushi yang enak disediakan di sini tetapi yang anda boleh cuba adalah sushi sashimi mereka kerana mereka menggunakan ikan yang fresh dan memang sedap. Jangan risau bagi yang tidak makan sashimi kerana anda boleh cuba menu panas lain di sini seperti ramen dan banyak lagi menu lain yang ada.

4. Minoru Japanese Restaurant
Terletak di Rubber road, minoru Japanese Restaurant bukan sekadar tempat yang cantik dan selesa sahaja tetapi makanan jepun di sini memang terbaik.

Antara makanan yang anda boleh cuba di sini adalah hotpot seafood, sushinya yang pelbagai dan banyak lagi. Sekali pergi pasti akan datang lagi.

5. Sushi Zanmai
Lokasi Sushi zanamai ini adalah di Vivacity dan bagi yang bosan asyik makan sushi yang sama setiap masa, mari kita cuba sushi zanmai kerana anda pasti tidak akan menyesal.

Antara makanan yang anda boleh cuba di restoran yang menarik ini ialah, unadon iaitu belut yang dimasak dengan sempurna bersama nasi, chicken teriyaki don, kani avocado salad, sushi yang pelbagai dan banyak lagi makanan yang menarik di sini dengan harga yang berpatutan.