fbpx
More

    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin

    Tips yang mindblowing dari aplikasi Tik Tok.

    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin. Kebiasaannya, kalau nampak sahaja bekas plastik terutamanya bekas plastik lutsinar yang berminyak, pasti anda rasa sangat keberatan nak cuci.

    Apatah lagi ia masih meninggalkan bekas minyak yang licin walau pun selepas disental menggunakan span dan sabun pencuci.

    Geram je kan? Rasa nak buang terus pun ada.

    Kredit : Storypick

    Jangan dibuang dulu bekas tu. Netizen di media sosial kini menemui satu rahsia mencuci bekas plastik berminyak dengan cepat dan semestinya, bersih tanpa tinggalkan kesan minyak!

    Rahsianya? Guna 3 bahan sahaja!

    Melalui perkongsian Tiktok yang dimuat naik di laman Twitter @ajezzzzzzz, lelaki tersebut menunjukkan cara membersihkan bekas plastik yang penuh dengan minyak sehingga bersih. Bahan yang digunakan ialah sabun pencuci pinggan mangkuk, air dan tisu dapur.

    Perkongsian yang dikatakan seperti magik itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 17.4K ulang kicau dan 17.4K tanda suka.

    Nak tahu macam mana? Jom kita tengok.

    Langkah 1 : Masukkan pencuci pinggan mangkuk secukupnya ke dalam bekas yang berminyak.

    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin
    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin
    Sumber : Twitter

    Langkah 2 : Masukkan air sehingga memenuhi 1/3 bekas tersebut.

    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin
    Sumber : Twitter

    Langkah 3 : Masukkan pula sekeping tisu dapur ke dalam campuran pencuci dan air.

    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin
    Sumber : Twitter

    Langkah 4 : Tutup bekas dan goncang.

    Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin
    Sumber : Twitter

    Langkah 5 : Buang campuran serta tisu dan cuci dengan air bagi menghilangkan sisa sabun.

    Siap! Anda akan dapati bekas plastik anda bebas dari sebarang kotoran minyak degil. Paling best, dah tak licin lagi bila dipegang!

    Simple rupanya. Bagi anda yang selama ini bersusah payah membersihkan bekas plastik berminyak di rumah, mungkin boleh cuba cara ini. Kalau dah cuba, jangan lupa untuk kongsikan hasilnya di ruangan komen, okay?

    Terima kasih #AjezRekemen !

    Baca juga :

    Artikel Berkaitan