fbpx
More

    Jom Berkayak di Sungai Semadang, Padawan Kuching

    Jom Berkayak di Sungai Semadang, Padawan Kuching

    Jom Berkayak di Sungai Semadang, Padawan Kuching

    Salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan di Kuching adalah berkayak di Sungai Semadang yang terletak di Padawan, Kuching. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Sungai Semedang adalah 1 jam sahaja.

    Uniknya pengalaman berkayak di Sungai Semadang adalah anda akan melalui kawasan hutan yang terpelihara dengan pemandangan yang menarik. Laluan berkayak di Sungai Sumadang adalah sepanjang 11km dan mengambil masa selama 4 jam – 5 jam.

    kayak
    photo credit to roamingaroundtheworld.com

    Sekiranya anda mengambil pakej Semadang Discovery Kayaking anda akan berpeluang untuk :

    • Melawat air terjun mini  Aruang Pi’
    • Makan tengah hari di Kampung Danu ( Kampung Bidayuh )
    • Bersiar siar di sekitar kampung
    • Berhenti di Sibudak untuk berenang
    • Memberi ikan makan di TAGANG ( bergantung pada paras air sungai ketika sesi berkayak )
    kayak
    photo credit to awaytotravel.wordpress.com

    Sekiranya anda bernasib baik, anda juga akan dapat menikmati durian asli dari hutan yang ditanam oleh penduduk setempat.

    kayak
    photo credit to semadangdayak.com

    Selain dari hanya berkayak di atas sungai,  anda juga boleh  meneroka Gua Rembang selepas makan tengah hari. Pemandu arah juga disediakan sekiranya anda ingin meneroka Gua Rembang.

    Jika anda inginkan pengalaman yang lebih ekstrem, anda boleh  menggunakan rakit buluh untuk menyusuri Sungai Semedang.

    kayak

    Sekiranya anda berkunjung ke Kuching dan mencari aktiviti aktiviti untuk dilakukan, berkayak di Sungai Semedang mungkin boleh menjadi salah satu dari agenda anda. Homestay juga disediakan bagi mereka yang berminat untuk menginap di Kampung Bengoh dan kawasan sekitar. Sekiranya anda berminat untuk berkayak di Sungai Semendang, Padawan, anda boleh menghubungi :

     

    Artikel Berkaitan