fbpx
More

    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching

    Berita baik untuk pencinta barang bundle!

    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching. Barangan bundle bukanlah barangan sembarangan. Sebaliknya, barangan bundle ini boleh jadi barangan berjenama mewah yang asli. Namun, bezanya adalah dari segi harga dan pernah digunakan oleh orang lain sebelum anda memilikinya.

    Peminat barangan bundle di Sarawak pasti teruja dengan pembukaan kedai bundle yang dinamakan Red Bundle ini kelak. Kedai bundle ini bakal dibuka pada 6 Mac 2021, Sabtu, bermula jam 10 pagi. Difahamkan, kedai ini merupakan kedai bundle yang terbesar di Sarawak. Bukan itu sahaja, cawangan kedai yang bakal dibuka di Metrocity Kuching ini kelak merupakan cawangan ke-6 kedai Red Bundle selain cawangan lainnya di Miri, Sibu, Sarikei dan Sri Aman.

    Kedai bundle 3 tingkat berkeluasan 7 blok kedai

    Cawangan Red Bundle Metrocity ini ditempatkan di sebuah bangunan blok kedai 3 tingkat yang berkeluasan 7 unit kedai. Kesemua ruang ini menempatkan sebanyak hampir 100 ribu helai pakaian serta 3 hingga 4 ribu pasang kasut, topi, beg pakaian hiking dan musim sejuk, jaket, selimut, karpet, cadar dan banyak lagi. Kedai ini turut dilengkapi dengan sistem pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan.

    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching
    Sumber : FB Red Bundle
    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching
    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching
    Sumber : FB Red Bundle

    Dengan moto nya, ‘Biar Bundle Yang Penting Ori’, kedai Red Bundle ini menjual barangan berjenama yang terkemuka dengan harga yang murah dan berbaloi. Antara jenama yang dijual di sini ialah Louis Vuitton (LV), Pierre Cardin, MCM, Chanel, Anne Klein, Levi’s dan jenama vintaj. Beg tangan berjenama yang dijual di sini kebanyakannya bermula pada harga RM 200.

    Stail pakaian pula tak perlu dipertikaikan lagi, daripada pakaian dengan gaya rock sehingga gaya klasik, semuanya boleh anda cari di kedai bundle ini.

    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching
    Nur Fazmin Jamin, pengurus Red Bundle bersama beg tangan berjenama bundle
    Sumber gambar : Suara Sarawak

    Tak perlu susah-susah keluarkan duit, boleh bayar secara cashless

    Paling best, kedai bundle ini juga mempraktikkan kaedah pembayaran secara nirtunai ataupun cashless. Seperti mana yang anda semua sedia maklum, kaedah pembayaran nirtunai ini juga adalah kaedah pembayaran yang paling selamat dan cepat. Lebih-lebih lagi pada masa pandemik seperti ini. Selain daripada pembayaran menggunakan wang tunai, Red Bundle turut menerima pembayaran melalui kad kredit, kad debit, QR Pay dan pemindahan wang dalam talian (online transfer).

    Jual Jenama Ori Terpakai, Kedai Bundle Terbesar Di Sarawak Akan Dibuka Di Metrocity Kuching
    Sumber : FB Red Bundle

    Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, pembukaan sulung kedai ini nanti juga akan mengikut SOP yang ketat di mana setiap pelanggan yang datang akan diberi nombor giliran berdasarkan kedatangan (first come first serve). Buat masa ini, golongan kanak-kanak dan warga emas tidak dibenarkan berkunjung ke sini buat sementara waktu. Ruang menunggu juga akan disediakan oleh kedai ini untuk para pelanggan.

    Dah sedia untuk menyelam? Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi mereka, Red Bundle untuk mengikuti perkembangan terkini mereka. Lokasi Red Bundle ini boleh anda rujuk di sini :

    Lepas beli bundle, nak makan mana? Boleh rujuk artikel ini pula :

    Artikel Berkaitan