fbpx
More

    Kakitangan di Emart Batu Kawa Positif, Cawangan Ditutup Serta Merta

    Menurut kenyataan rasmi dari Emart Batu Kawa.

    Kakitangan di Emart Batu Kawa Positif, Cawangan Ditutup Serta Merta. Baru sahaja hari ini disahkan bahawa seorang kakitangan yang bekerja di Emart Batu Kawa dan juga seorang kakitangan penyewa di sini telah positif COVID-19 pada 5 November 2020.

    Kedua-dua kes positif telah dikesan daripada hasil kolektif ujian terhadap pekerja dan juga semua penyewa Emart Batu Kawa hari ini oleh kerana kes positif telco pada 4 November 2020 semalam.

    Kakitangan di Emart Batu Kawa Positif, Cawangan Ditutup Serta Merta

    Emart Batu Kawa telah ditutup serta merta

    Untuk memastikan keselamatan semua Emart Batu Kawa telah ditutup serta merta sehingga notis berikutnya.

    Emart Batu Kawa akan memastikan semua kakitangan termasuk penyewa di Emart Batu Kawa akan menjalani ujian saringan COVID-19.

    Operasi membersih dan sanitasi dijalankan

    Selain daripada itu, operasi membersih dan sanitasi Emart Batu Kawa akan dijalankan lagi sekali.

    Emart Batu Kawa mengharapkan agar semua dalam keadaan yang selamat di dalam krisis kesihatan pada masa kini. Jaga diri dan agar anda kekal selamat.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan