SAINS telah mengesahkan bahawa seorang kakitangan mereka positif hari ini.
Kakitangan Sarawak Information System CityOne Megamall Telah Disahkan Positif COVID-19. Sarawak Information System Sdn. Bhd. (SAINS) berpejabat di CityOne Megamall telah mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini bahawa seorang pekerja mereka positif .
Menurut kenyataan rasmi tersebut, pekerja yang positif itu kini menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak dan sesiapa yang berkontak rapat dengan beliau akan menjalani saringan COVID-19.
Pejabat mereka di CityOne tersebut akan segera disanitasi dan juga dibersihkan.

Akan ditutup dari 4 November
Pejabat mereka juga akan ditutup dari 4 November 2020 sehingga notis terkini diterima.
Keselamatan dan kesihatan pekerja, keluarga mereka serta pelanggan akan menjadi keutamaan mereka.
SAINS juga akan mematuhi arahan SOP yang telah disyorkan oleh MOH dan Jawatan Bencana Negeri Sarawak.
Mereka juga turut menambah bahawa sebarang pertanyaan atau servis perkhidmatan mereka tetap dijalankan melalui emel dan melalui telefon.