Ambulan tersebut turut membawa pesakit.
Kemalangan Antara Van Dan Ambulan Di Jalan Pending, Penumpang Van Cedera Parah. Dilaporkan bahawa sebuah ambulan KKM yang sedang dalam kecemasan membawa pesakit menuju ke Hospital Umum Sarawak terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah van di Lampu isyarat Jalan Pending / Tol Bintawa, Jalan Kwong Lee Bank Kuching, sekitar jam 9.49 pagi tadi.
Penumpang hadapan van berkenaan cedera parah
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, impak pelanggaran tersebut telah mengakibatkan penumpang hadapan van berkenaan cedera parah.
Manakala, pemandu van serta pesakit dan kakitangan KKM tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.
Pesakit serta pasangan suami isteri dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan yang lain
Namun demikian, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata bahawa pesakit serta pasangan suami isteri itu kemudian dikejarkan ke hospital Umum Sarawak menggunakan ambulan yang KKM lain.
Orang ramai yang menggunakan laluan tersebut diminta berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif lain jika perlu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.