Sejak bila ya Sarawak dalam Indonesia?
Laman Ini Kata Kuching Sebagai Bandaraya Indonesia, Netizen Perli Di Ruangan Komen. Bandaraya Kuching sememangnya telah dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai ibu negeri Sarawak. Malah, keunikan Kuching turut menjadi tumpuan warga asing yang melancong ke negeri kenyalang ini.
Namun, satu hantaran salah faham telah membuatkan rakyat Sarawak ‘triggered’ lagi hari ini.
“The Beautiful Kuching City, Sarawak Indonesia,”
Sebuah laman Facebook, ASEAN Skyline telah memuat naik satu hantaran yang mencetuskan ‘trigger’ dalam kalangan rakyat Sarawak dan Malaysia, amnya.
Menerusi hantaran tersebut, laman tersebut memuat naik sekeping gambar bandaraya Kuching dengan kapsyen “The Beautiful Kuching City, Sarawak Indonesia”.
Aik? Sejak bila pula?
Setakat ini, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 561 tanda suka, 570 komen dan 997 perkongsian.
Netizen perli semula hantaran tidak tepat itu
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati netizen dari Malaysia memerli tindakan laman tersebut dengan mengatakan mereka berasal dari daerah di Sarawak tetapi menukarkannya dengan negara lain di dunia.
Walau pun komen-komen netizen ini memerli, namun kebanyakan nadanya agak menghiburkan.
Hantaran tersebut didakwa tindakan provokasi laman tersebut
Tindakan pentadbir laman tersebut seakan-akan tidak peka akan kedudukan bandar-bandar di negara Asia Tenggara. Sedangkan kedudukan bandar negara di rantau ini tidaklah susah dan sebesar mana. Bahkan namanya juga jelas dan sinonim dengan negara tersebut.
Namun demikian, menurut seorang netizen di ruang komen, tindakan laman ini dilihat seperti sebuah provokasi untuk menimbulkan kekecohan antara kedua-dua negara. Ini kerana hantaran sedemikian pernah dimuat naik suatu ketika dahulu. Lebih-lebih lagi, ia merupakan hantaran yang sama dimuat naik buat kali kedua di laman tersebut.
Kenapa dengki sangat ni?
Apa-apa pun, mungkin ia adalah satu kesilapan hantaran dari pihak laman tersebut. Sekiranya ia adalah kesalahan yang disengajakan, tidak perlu berbalah di ruangan komen. Hanya perlu laporkan kepada pihak Facebook sahaja, okay?
Chill jak bah. Iboh alu nak ngoncang pagar.