Lelaki tersebut kini diburu oleh polis
Lelaki Ini Sanggup Buat Laporan Palsu Untuk Elak Saman JPN Hilang MYKad Kali Ketiga. Demi elak membayar saman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akibat menghilang MyKadnya untuk kali ketiga, seorang lelaki sanggup buat laporan polis palsu dengan menyatakan bahawa dia dirompak.
Namun, setelah menyedari bahawa laporan tersebut adalah palsu, pihak polis kini memburu lelaki terbabit.
Rupa-rupanya, hilang akibat bergaduh ketika mabuk
Menurut laporan, suspek yang berusia 46 tahun itu membuat laporan polis palsu yang mendakwa bahawa dia dirompak di sebuah kedai komersil di Jalan Rock sekitar jam 12:30AM pada 13 April lalu.
Suspek didakwa membuat laporan polis untuk mengelakkan didenda oleh JPN setelah kehilangan MyKad untuk kali ketiga!
Setelah disiasat, suspek benar-benar kehilangan MyKd dan barang-barang lain, tetapi bukan akibat dirompak.
Rupa-rupanya, suspek kehilangan MyKad dan barang-barangnya semasa pergaduhan dalam keadaan mabuk dengan rakannya malam itu!
Skim terbongkar setelah siasatan menyeluruh dibuat
Apabila laporan disiasat oleh pegawai penyiasat dan detektif polis, skim suspek terbongkar.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu, yang membawa hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Warga awam dinasihati untuk jangan membuat laporan polis palsu kerana pihak polis memandang serius kes seperti ini, malah membuang masa dan usaha mereka jika menerima laporan polis palsu kerana mengalihkan tumpuan dari jenayah lain (real ones).