Lelaki berumur 49 tahun dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tengah memandu.
Lelaki Maut Terkena Serangan Jantung Ketika Memandu Di Kuching. Seorang lelaki telah dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mangsa sedang memandu menyebabkan keretanya melanggar kereta lain dalam kemalangan Kilometer 11 Jalan Datuk Musa, Kota Semarahan, pada Khamis.

Mangsa berumur 49 tahun
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Abdul Ramli Jobeli, 49 tahun, dan beralamat di Kampung Lubok Punggor, Simunjan.
Beliau turut berkata, semasa kejadian berlaku, mangsa sedang memandu sebuah kereta pikap dari arah Bandar Riyal menuju ke Kota Samarahan sekitar jam 6.30 petang semalam.
Mangsa dipercayai terkena serangan jantung lalu hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu terbabas melanggar sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan tersebut.
Mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak dan telah disahkan meninggal dunia, menerusi kenyataan Superintenden Alexson hari ini.
Turut difahamkan bahawa mayat mangsa telah dihantarkan ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan yang selanjutnya.
Kes kini masih di dalam siasatan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.