fbpx
More

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Jika anda ingin berehat dan menenangkan fikiran tanpa gangguan, terdapat pelbagai jenis tempat menarik yang anda boleh lawati di Sarawak.

    Antaranya adalah :

    Untuk artikel kali ini, kami kongsikan pula 3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching, di mana ianya terletak dalam lingkungan 60 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching.

    1. Boyan Heights Rainforest Homestay

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Boyan Heights Rainforest Homestay terletak di Kampung Git yang terletak hulu Sungai Sarawak, berhampiran dengan tempat tempat menarik seperti Semenggoh Wildlife Centre, rumah rumah panjang, tempat berkayak dan juga tempat untuk juggle trekking.

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Boyan Heights merupakan rumah moden yang menerapkan seni dan keunikan reka bentuk tradisional Sarawak.

    Terdapat 3 bilik di Boyan Heights ini dan kesemua bilik ini mempunyai kemudahan tandas peribadi.

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Lebih menarik lagi, kemudahan kolam renang sederhana besar juga disediakan untuk pengunjung.

    Anda boleh berinteraksi terus dengan Boyan Heights Rainforest Homestay di laman facebook mereka : Boyan Heights

    2. Pinggir Siak

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Jika anda mempunyai masa terluang atau ingin beriadah dihujung minggu. Pinggir Siak yang terletak di Kampung Segong Singai Bau adalah tempat yang paling sesuai yang akan memberi kepuasan dan pengalaman yang cukup berharga kepada anda. Disini jiwa anda pasti tenang menikmati keindahan alam semulajadi, air yang jernih dan juga bersih

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Pinggir Siak boleh memuatkan 8 orang tetamu dan mempunyai 3 buah bilik. Untuk ke Pinggir Siak, anda perlu berjalan dalam sekitar 15 minit kerana ketiadaan akses jalan raya utama.

    Pinggir Siak ini dimiliki dan diuruskan oleh pengusaha Mendung Escape  yang pernah kami paparkan tidak beberapa bulan yang lepas.

    Untuk berinteraksi terus dengan Pinggir Siak, anda boleh ke laman facebook mereka : Pinggir Siak

    3. Borneo Tribal Village

    Borneo Tribal Village terletak di Kampung Apar Singai, Bau Sarawak.

    3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching

    Borneo Tribal Village merupakan tempat yang sangat menarik, kerana ianya mempunyai pelbagai jenis tarikan dan aktiviti yang anda dapat lakukan di dalam kawasan tersebut.

    Bagi anda yang ingin menginap di sini, anda mempunyai pelbagai pilihan antaranya :

    • Camping site
    • Motel Room
    • Tribal House
    • Tribal Farm Hut
    • Chalet
    • Bamboo Cabin

    Anda juga boleh melakukan lawatan satu hari ke sini dengan bayaran RM7 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak kanak. Anda boleh berinteraksi terus dengan Borneo Tribal Village melalui laman facebook mereka : Borneo Tribal Village

     

     

    Artikel Berkaitan