5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan
Sejak jalan Pan Borneo fasa pertama yang menghubungkan Sematan dan Telok Melano dibuka kepada umum, Lundu dan Sematan semakin menjadi buah mulut bagi penduduk di Sarawak yang ingin mencari lokasi bersantai dan beriadah di tepi pantai.
Sebelum ini kami pernah menerbitkan beberapa buah artikel mengenai tempat bercuti dan sebagainya di sekitar Lundu dan juga Sematan.
- Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Berkunjung Ke Lundu
- Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu
Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 pantai yang anda mesti kunjungi di Lundu dan Sematan.
1.Pantai Pandan / Pandan Beach
Jika anda malas nak drive jauh jauh ke Telok Melano, anda boleh ke Pandan Beach. Anda juga boleh overnight di sini sebab ada sebuah tempat penginapan iaitu Pandan Goldcoast Holiday Villa.
Anda boleh tempah hotel tersebut di sini : Pandan Goldcoast Holiday Villa
2. Pantai Pugu
Pantai Pugu terletak tidak jauh dari Pantai Pandan, hanya dalam lingkungan 15 minit perjalanan menggunakan kenderaan bermotor.
Pantai Pugu sangat panjang dan anda boleh bercamping atau hiking ke Bukit Gondol. Baca artikel kami di sini :
1.Permata Pugu Camping Site , Port Terbaru Untuk Kaki Camping Di Sarawak
2. Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu
3. Pantai Telok Serabang
Pantai Telok Serabang terletak tidak jauh dari Pantai Telok Melano, jika anda menggunakan jalan ke Telok Melano dari Sematan, anda akan melihat papan tanda simpang ke Telok Serabang di mana anda perlu belok ke simpang sebelah kanan.
Terdapat juga homestay di Pantai Teluk Serabang sekiranya anda ingin bermalam dan melapangkan fikiran di sini.
4. Pantai Pueh
Terletak di Kampung Pueh, Sematan. Pantai ini tidaklah sepopular pantai pantai yang lain namun tetap merupakan pantai yang anda mesti lawat sekiranya berkunjung ke Lundu dan Sematan.
Pantai Pueh juga sangat landai dan panjang. Sesuai juga jika anda ingin camping sendiri atau berkelah tanpa pening memikirkan keluasan tempat.
5. Pantai Telok Melano
Pantai Telok Melano merupakan pantai paling trending di sekitar Lundu dan Sematan setakat ini. Merupakan permulaan kepada Pan Borneo, ia juga mempunyai tempat letak kereta khas bagi pengunjung. Perjalanan ke Telok Melano mengambil masa selama 2 jam dari Kuching.
Walaupun pernah viral sebelum ini mengenai sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung di Telok Melano, perkara tersebut kini sudah ditambah baik.
Oh ya, Pantai yang sememangnya terkenal pula semestinya Palm Beach, Sematan.
Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda boleh tinggal di Sematan Palm Beach Resort. Sunset view di sini juga sangat cun jika cuaca baik dengan langit yang cerah.