fbpx
More

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    Jika anda sedang mencari aktiviti separa lasak, anda semestinya memikirkan bahawa hiking merupakan salah satu daripada aktiviti tersebut.

    Dalam artikel kali ini, kami sertakan 6 destinasi hiking di sekitar Kuching yang anda perlu cuba.

    1.Gunung Santubong

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    Gunung Santubong yang terletak 45 minit dari Bandaraya Kuching ini merupakan destinasi hiking yang terkenal bagi mereka yang sukakan cabaran.

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    Untuk hiking ke Puncak Gunung Santubong, pastikan anda mengikut trail yang disediakan dan berjalan dalam kumpulan bagi mengelakkan anda tersesat.

    https://www.instagram.com/p/BtgNgDtFJk1/

    2.Gunung Serapi

    Gunung Serapi terletak di Taman Negara Kubah, dalam lingkungan 30 minit dari Kuching.

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    Anda boleh hiking dari Taman Negara Kubah, atau terus menggunakan trail jalan raya yang menghala terus ke Puncak Gunung Serapi.

     

    3.Gunung Singai

    Gunung Singai juga terletak dalam lingkungan 30 minit dari Bandaraya Kuching.

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    Permandangan dari atas Gunung Singai juga amat menyejukkan hati kerana anda akan dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terletak di sekeliling gunung tersebut.

     

    Jika anda newbie jangan risau kerana tidak sukar untuk menawan puncak Gunung Singai ini!

    4.Gunung Jagoi|Bung Jagoi

    Bung Jagoi terletak berhampiran dengan Serikin yang merupakan destinasi popular untuk membeli belah kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Indonesia.

    Gambar : Bung Jagoi

    Menurut sejarah, Puncak Bung Jagoi dahulunya dihuni oleh Bidayuh Jagoi. Kini, Bidayuh Jagoi sudah berpindah ke sekitar kaki gunung kawasan tersebut yang diberi nama Kampung Jagoi.

    Bung Jagoi juga kini mempunyai Heritage Center untuk memelihara sejarah Bidayuh Jagoi yang unik.

    Jika anda hendak hiking di Bung Jagoi, jangan risau dengan trail yang sukar kerana mereka mempunyai anak tangga untuk anda memanjat dengan selesa.

    5.Bukit Gondol

    Bukit Gondol terletak 90 minit dari Kuching berhampiran dengan Pantai Pugu.

    Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

    Tidak sukar untuk anda hiking ke Bukit Gondol kerana ianya hanya bukit. Namun anda perlu berjalan di pantai sepanjang beberapa KM sebelum tiba di kaki bukit gondol.

    Permandangan di Bukit Gondol ini menghala ke arah Laut China Selatan dan amat sesuai untuk dijadikan lokasi melihat Milky Way ketika malam hari.

    Baca travelog kami di sini : Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

    6.Kampung Sting, Bengoh

    6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

    Kampung Sting terletak di Empangan Bengoh yang pernah mempunyai kontroversi tidak lama dahulu.

    Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk hiking ke kampung sting ini, kami sarankan anda membaca artikel ini : ‘Hard Rock Hikers’ group to Kampung Sting Bengoh Kuching

    Follow kami di instagram :

    https://www.instagram.com/p/BtdMTATFc8Y/

     

    Artikel Berkaitan