fbpx
More

    Blue Pool Permai, Kolam Kebiruan Di Tengah Hutan Santubong

    Dah macam Alice in Wonderland!

    Blue Pool Permai, Kolam Kebiruan Di Tengah Hutan Santubong. Jika selama ini anda hanya mengenali kawasan Santubong dengan gunungnya yang begitu ekstrim untuk ditawan, apa kata anda cuba pula teroka satu lagi hidden gem baru di sana iaitu Blue Pool Permai.

    Blue Pool Permai terletak dalam kawasan kem Permai Rainforest Resort. Kem Permai ini hanya bersebelahan sahaja dengan kawasan Pantai Damai dan juga Kampung Budaya Sarawak.

    Ada 2 pilihan trail ke Blue Pool

    Menurut seorang pengguna Twitter, @r1ggr atau Kenny, terdapat 2 jalan trail yang boleh anda gunakan untuk ke kolam biru ini. Pilihan yang pertama ialah dengan melalui kawasan pantai yang landai. Manakala pilihan yang kedua adalah dengan mendaki dan menuruni kawasan hutan.

    Bagi anda yang gemarkan pengalaman mencabar, trail hutan pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik.

    RM 10 bayaran masuk berserta peta panduan dan keterangan trail

    Bayaran masuk yang dikenakan di pintu masuk Permai adalah sekitar RM 10.00 untuk orang dewasa.

    Anda juga tidak perlu bimbang jika tidak mengetahui laluan trail kerana anda akan diberikan peta dan diterangkan dengan lebih lanjut tentang pilihan trail yang ada oleh penjaga kaunter.

    Kedua-dua trail mempunyai jarak sejauh 2 km namun tentulah pengalaman trail mencabar dalam hutan perlu diberikan perhatian lebih.

    Trail hutan ambil masa 90 minit

    Bagi anda yang memilih trail hutan, perjalanan mendaki ke puncak mengambil masa sekitar 90 minit atau 1 jam 30 minit, bergantung pada kelajuan.

    Perlu diingat bahawa anda harus menyiapkan mental dan fizikal sebaik mungkin kerana trail nya sedikit berbeza daripada trail hutan yang lain. Bagi pendaki beginner, jangan lupa untuk memanaskan badan anda bagi mengelakkan kekejangan.

    Blue Pool Permai, Kolam Kebiruan Di Tengah Hutan Santubong
    Sumber foto : Twitter @r1ggr | IG : @_rigdy

    Banyak kawasan berbatu dan lubang besar

    Trail hutan tersebut dikatakan mempunyai banyak kawasan berbatu besar dan berlubang. Jadi, sepanjang perjalanan, anda harus menaiki batu-batu tersebut dengan berpaut pada akar. Anda juga perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan terjatuh dalam lubang besar.

    Jika anda tidak mahu tersesat, ikuti sahaja panduan tanda merah yang telah ditandakan pada pokok sepanjang laluan trail.

    Walau bagaimanapun, sepanjang perjalanan juga anda akan dapat melihat beberapa air terjun kecil yang cantik dan memuaskan deria penglihatan anda.

    Mulakan perjalanan pada awal pagi untuk pemandangan terbaik Blue Pool

    Menurut Kenny, waktu terbaik untuk memulakan perjalanan adalah sebaiknya pada awal pagi, sekitar jam 6 atau 7 pagi. Ini kerana pada waktu tersebut, kolam biru masih berada dalam keadaan yang terbaik dan jernih. Warna biru kolam tidak akan begitu kelihatan sekiranya air kolam telah dimasuki oleh orang awam untuk bermandi manda.

    Blue Pool Permai, Kolam Kebiruan Di Tengah Hutan Santubong
    Sumber foto : Twitter @r1ggr | IG : @_rigdy
    Blue Pool Permai, Kolam Kebiruan Di Tengah Hutan Santubong
    Sumber foto : Twitter @r1ggr | IG : @_rigdy

    Jangan lupa juga untuk membawa penghalau serangga (insect repellent) kerana kawasan kolam tersebut terdapat pacat. Anda juga boleh membawa mancis untuk mencucuh pacat tersebut jika ia terlekat pada badan anda. Yang penting, jangan panik, okay?

    Selain itu, anda juga tidak digalakkan untuk mendaki trail hutan ini semasa hari hujan kerana keadaan batu dan akar yang licin. Itu tentunya menyukarkan perjalanan anda ke kolam biru.

    Lokasi mendaki singkat yang hampir ektsrim

    Jika anda mendaki secara berkumpulan, pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan rakan anda dan mengira jumlah ahli kumpulan dari semasa ke semasa. Takut-takut ada pula yang terperosok dalam lubang tanpa disedari.

    Blue Pool Permai ini boleh dikatakan sebagai lokasi mendaki singkat dengan trail yang menyamai tahap ekstrim Gunung Santubong. Jika anda belum bersedia untuk menawan Gunung Santubong, mungkin anda boleh bermula dengan Blue Pool ini terlebih dahulu.

    Terokai juga hidden gem yang lain seperti ini :

    Artikel Berkaitan