Homestay butik di dalam hutan
Tak Jauh Dari Pantai, Tenangkan Minda Anda Di Nanga Damai. Dah tak tahu nak pergi ke mana untuk destinasi check-in seterusnya?
Jika anda hendak pergi ke tempat untuk tenangkan minda – jauh dari bandar – kami cadangkan anda untuk check out Nanga Damai di Santubong!
Harga serendah RM80/per night (tertakluk kepada jenis bilik)
Seorang pengguna Facebook, Rufina Jolly berkongsi pengalamannya di homestay ini melalui Facebook.
Menurut beliau, homestay ini terletak beberapa minit dari Pantai Damai dan sesuai untuk mereka yang teringin membuat short getaway dari bandar!
Homestay ini dihiasi dengan hiasan cantik dan bilik tetamu sangat selesa serta menawarkan pemandangan hutan yang indah.
Anda boleh juga menikmati pemandangan Laut Cina Selatan, bergantung pada bilik mana yang telah anda tempah! Terdapat juga sebuah air terjun kecil untuk bermandi-manda. Memang Instagram-worthy!
Selain pemandangan yang mantap, anda boleh juga berenang di kolam renang sedia ada di homestay itu serta menikmati makanan hidangan homestay yang sederhana tetapi sedap!
Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, anda boleh layari laman web rasmi Nanga Damai di www.nangadamai.com atau menerusi agensi pelancongan dalam talian seperti agoda.com dan booking.com.
Pernah pergi ke sini? Cuba share pengalaman anda di ruangan komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!