fbpx
More

    McDonald Kuching Antara 16 Cawangan Terpilih Guna Papan Tanda Baru ‘Mekdi’

    McDonald yang dimaksudkan ialah cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman (sebelah Sarawak Plaza).

    McDonald Kuching Antara 16 Cawangan Terpilih Guna Papan Tanda Baru ‘Mekdi’. Restoran makanan segera kegemaran rakyat Malaysia, McDonald kini mengguna pakai papan tanda baru ‘Mekdi’ di 16 cawangan terpilih seluruh Malaysia.

    Di Sarawak, cawangan McDonald yang terpilih ialah cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman (bersebelahan Sarawak Plaza).

    Hasil undian rakyat Malaysia

    Hasil undian rakyat Malaysia baru-baru ini, 16 cawangan kegemaran di seluruh Malaysia termasuk satu di Sarawak telah terpilih untuk menggunakan papan tanda baru ‘Mekdi’.

    McDonald Kuching Antara 16 Cawangan Terpilih Guna Papan Tanda Baru 'Mekdi'
    McDonald Kuching Antara 16 Cawangan Terpilih Guna Papan Tanda Baru ‘Mekdi’
    Sumber foto : Sarawak Edition

    Papan tanda baru ini mengguna pakai sebutan dan ejaan McDonald dalam bahasa baku tempatan berbanding ejaan bahasa Inggeris. Wah!

    Pemasangan papan tanda baharu ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan menjelang 31 Ogos ini.

    Nasi Lemak McD ada rendang ayam!

    Sempena bulan kebangsaan pada tahun ini juga, McDonald telah menambah variasi baharu kepada menu Nasi Lemak popularnya.

    Dalam menu Nasi Lemak baharu ini, anda boleh memilih untuk menyertakan Rendang Ayam bersama nasi lemak beraroma, ikan bilis rangup, hirisan timun, telur goreng berserta sambal pedas.

    McDonald Kuching Antara 16 Cawangan Terpilih Guna Papan Tanda Baru 'Mekdi'

    Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih variasi Spicy Chicken McDeluxe dan Grilled Chicken Burger selain Ayam Goreng McD.

    Bagi hidangan pencuci mulut pula, terdapat perisa baharu yang memasukkan ciri perisa tempatan iaitu McFlurry Cendol, ais krim Cendol dan pai jagung berkrim.

    McDonald Kuching Antara 16 Cawangan Terpilih Guna Papan Tanda Baru 'Mekdi'

    McDonald Malaysia juga berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka sebanyak 450 cawangan menjelang tahun 2025 berbanding 300 cawangan pada masa ini.

    Dalam masa yang sama, pembukaan cawangan baru juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada 10,000 orang di seluruh Malaysia.

    Wah! Maju eh Mekdi. Apa komen anda?

    Baca juga kisah inspirasi gadis yang bekerja di restoran McDonald ini :

    Artikel Berkaitan